it's about anything. too many to mention...

Sunday, July 1, 2012

Katie Holmes gunakan Suri untuk mengaut wang Tom Cruise?


Dalam perceraian Tom Cruise dan Katie Holmes, rupanya tak hanya kedua-dua selebriti ini yang menjadi sorotan media. Tak terhindar, si cantik Suri Cruise pun tak lepas dari perbahasan berbagai media. 

 Sejak masih dalam kandungan, Suri selalu menjadi 'penghias' hubungan romantis aktor dan aktres kelas A Hollywood ini. Tak lama setelah mengumumkan kehamilan, Tom dan Katie mengadakan pesta pernikahan yang tercatat sebagai salah satu yang termewah dan termahal di Hollywood. 

 Kebahagiaan mereka bertambah dengan kehadiran Suri Cruise, bayi cantik buah hati kedua-duanya. Tahun berganti, Suri pun semakin menjadi sorotan media dengan kecantikan dan gaya berpakaiannya yang cenderung mewah. Beberapa pihak bahkan sempat menyatakan keberatan dengan pertumbuhan gadis kecil ini, yang dianggap tak sesuai umur.  

Rupanya, berita tak semakin baik untuk Suri Cruise. Gadis berusia 6 tahun ini disebut-sebut sebagai alat ibunya mengaut sokongan dana dari Tom Cruise. Walau juga berkarier sebagai aktres, Katie dijangka tak akan mampu membayar keperluan hidupnya bersama Suri, terutama kerana gaya hidup anaknya yang mewah.

0 comments: