Penonton-penonton acara pencarian bakat menyanyi American Idol nampaknya tak akan lagi dapat melihat rocker Steven Tyler sebagai juri. Steven memutuskan keluar setelah dua musim terlibat dalam acara tersebut.
Keputusan rocker terkenal tersebut untuk tak lagi menjadi juri American Idol adalah kerana beliau ingin kembali fokus bermuzik dengan Aerosmith. Apalagi rancangannya Aerosmith akan merilis album terbaru mereka pada 6 November akan datang.
Steven mengaku menikmati setiap minit berada dalam kerusi juri untuk memberikan penilaian terhadap calon penyanyi terkenal AS. Tapi menurut Steven, sudah saatnya beliau kembali ke muzik rock.
Mendengar keputusan Steven, kreator dan eksekutif produser American Idol Simon Fuller pun menyampaikan kenyataannya.
0 comments:
Post a Comment