it's about anything. too many to mention...

Thursday, August 30, 2012

Ariel ditegur agar tak terlambat lapor


Pemuzik Nazriel Irham masih ada kewajipan lapor ke Rutan Kebonwaru, Bandung berkaitan statusnya sebagai penerima Pembebasan Bersyarat. Dia seharusnya menjalankan wajib lapor per tarikh 23 Ogos, namun baru dilakukan, Rabu semalam.

Kepala Bapas Kota Bandung, Nuruddin Musa mengungkapkan, kelambatan Ariel melapor kerana kesibukan kerjaya yang sudah mulai dijalani bersama band barunya, Noah.

Ariel terlambat kerana mengejar waktu rakaman di Jakarta, agar projeknya cepat selesai. Ariel pun, seperti dikatakan Nuruddin, tidak akan lagi terlambat melapor ke Bapas. Sebab jika terus terlambat Ariel diancam masa pembebasan bersyaratnya ditarik.

Ariel datang sekitar pukul 10.10 pagi. Mengenakan kemeja biru, selepas turun dari kereta Grand Livina D 1676 LI penyanyi lagu Separuh Aku itu langsung mengisi daftar kehadiran di pintu masuk. Selepas itu kekasih Luna Maya itu langsung diiring petugas Bapas ke bilik Bimbingan Klien Dewasa.

Balai Pemasyarakatan selaku penjaga Ariel masih memberikan peluang hingga 31 Ogos 2012 untuk melapor. Ariel dalam keterangannya mengaku baru dapat melapor kerana dihalang kesibukan menyiapkan rilis album terbarunya.

0 comments: