it's about anything. too many to mention...

Tuesday, September 4, 2012

Perjuangan penuh air mata Tukul Arwana menjadi artis terkenal


Bermodal tampang pelawak 'ndeso' dan gurauan yang khas berloghat Jawa membuat Tukul Arwana menjadi senarai artis top di Indonesia. Tapi, tentu saja tak semudah membalik telapak tangan Tukul mendapatkan kesuksesannya. 

 Penuh perjuangan dan air mata bagi Tukul untuk dapat menjadi seperti saat ini. Lelaki kelahiran 16 Oktober 1963 itu pun pernah menjadi figure video klip yang hanya dibayar kecil. 

 Tapi, bapa dua anak itu tak mahu menyerah begitu saja. Beliau pun tetap disiplin dan tak pernah menyerah untuk dapat mencapai kesuksesan. 

 Dua hal tersebut boleh dikatakan menjadi kunci utama Tukul untuk tetap bertahan, dan dapat seperti sekarang. 

 Kini, setelah namanya top pun Tukul tak lantas lupa diri. Beliau tetap berpegang teguh kepada komitmennya untuk tetap disiplin di setiap pekerjaannya. Selain berpegang teguh dengan komitmen, presenter 'Bukan Empat Mata' itu juga berusaha untuk tidak berubah dan menjadi sombong. Apalagi kepada peminat-peminat yang ikut membesarkan namanya.

0 comments: