it's about anything. too many to mention...

Sunday, September 16, 2012

Tak makan nasi, Bunga Citra Lestari kurus

Setelah melahirkan dan membesarkan anaknya, kini Bunga Citra Lestari telah kembali dengan kesibukannya sebagai seorang penghibur. Kesibukannya pun telah mulai padat. Seperti baru-baru ini, BCL telah selesai menyiapkan penggambaran filem terbaru berjudul HABIBIE - AINUN.

Sebahagian penggambaran dilakukan di Jerman. Meski merasa tak terlalu dibebani, namun BCL mengaku sangat kagum dengan iklim kerja yang ada di negara yang pasukan bola sepaknya berjulukan Den Panser tersebut.

Tubuh BCL pun agak langsing ketika menjalani kerja di Jerman. Bukan hanya kerana dikejar waktu, namun juga kerana faktor makanan. Diakui oleh BCL, selama berada di negara Albert Einstein itu, dirinya tak pernah makan nasi.

Selain penggambaran, BCL pun kini telah menjalani aktivitinya sebagai seorang penyanyi.

0 comments: