Penyanyi sensasi Madonna mungkin bermaksud baik ketika memberi sokongan terhadap seorang gadis Pakistan yang menjadi mangsa keganasan Taliban. Namun cara Madonna memberikan sokongan tersebut justeru membuatnya dikritik.
Seorang gadis bernama Malala Yousafzai kena tembak pada bahagian kepalanya oleh seorang perajurit Taliban. Ketika itu, Malala berada di bus sekolahnya saat menulis di blog tentang pentingnya pendidikan untuk dirinya.
Sebagai bentuk sokongan, Madonna melakukan tarian lucah dalam konsertnya di Los Angeles, Amerika Syarikat beberapa waktu lalu. Aksinya itu dilakukan saat menyanyikan lagu 'Human Nature'. Beliau melepaskan bajunya satu per satu.
Akibat dari tindakan kontroversinya itu, Madonna menerima beberapa kecaman keras di laman web sosial Twitter.
0 comments:
Post a Comment