Lady GaGa rehat sejenak dari persiapan konsertnya di Brazil dengan bermain bola bersama anak-anak di Ipanema, Rio de Janeiro, Brazil.
Penyanyi berusia 26 tahun yang terkenal melalui single Poker Face dan Bad Romance ini kini sedang berada di Brazil dalam rangka tour BORN THIS WAY BALL. Di sela jadual persiapannya yang padat, nyatanya Gaga masih boleh membuat kejutan untuk anak-anak Brazil. Kejutan tersebut beliau berikan dengan turut bermain bola bersama anak-anak.
Gaga yang kini berambut merah muda tersebut terlihat gembira dapat turut bermain bersama anak-anak tersebut. Beliau sesekali memeluk anak-anak tersebut. Foto-foto saat beliau memeluk mereka lalu beliau pasang di lamannya dan beliau beri keterangan, "mengagumkan".
Pengalamannya ini beliau kongsi juga kepada peminatnya melalui Twitter. Beliau mengatakan bahawa hari itu adalah hari paling indah yang pernah beliau rasakan.
Gaga pun menutup ceritanya dengan berteriak lantang bahawa beliau boleh bermain bola bersama anak-anak di sana.
0 comments:
Post a Comment