Ungkapan buah tak akan jatuh dari pohonnya seperti tidak sesuai untuk Nia Ramadhani. Nia yang sudah cukup lama berkecimpung di dunia hiburan Indonesia, ternyata tak mahu anaknya jadi artis seperti dirinya.
Bintang filem 'Suster Ngesot' itu pun mengaku akan gembira jika anaknya, Mikhayla Zalindra Bakrie nantinya boleh menjadi penari ballet. Baginya yang terpenting Mikhayla tak mengikuti jejaknya.
Meski begitu bukan bererti Nia akan memaksakan kehendaknya dengan mengarahkan minat dan bakat puteri pertamanya yang lahir pada Jun lalu itu. Beliau pun mengaku tetap membebaskan Mikhayla untuk memilih apa yang diminatinya.
0 comments:
Post a Comment