Penyiasat Polda Metro Jaya telah memeriksa tujuh orang saksi berkaitan kes pencemaran nama baik pramugari Magdalena Awuy yang menyeret nama vokalis NOAH, Ariel. Fokus penyiasatan pihak polis mengarah pada sumber yang mengungkap hubungan asmara pramugari cantik tersebut dengan Nazriel Irham, kepada wartawan.
Hingga kini pihak polis telah memeriksa Jeanne Margareth Dumais, Magdalena, Mashuri Ahmad, serta Wiyana dan Renitasari.
Pasukan penyiasat, lanjut Helmy, bakal meminta keterangan Ariel pada Rabu akan datang. Ariel, menurutnya, akan diminta keterangan sebagai saksi.
Laporan kes ini didaftar dengan nombor LP/3993/XI/2012/PMJ/Ditreskrimum yang dibuat pada 21 November 2012. Sebelumnya diberitakan, Musica Studio's selaku syarikat rakaman yang menangani NOAH, memastikan jika Ariel bakal memenuhi panggilan Polda Metro Jaya.
0 comments:
Post a Comment