Semakin banyaknya kes penembakan yang terjadi di Amerika Syarikat ternyata mendapat sorotan khusus dari Katy Perry. Alasan tersebut juga yang membuat kekasih John Mayer ini merasa bahaya untuk melakukan aktiviti sehari-hariannya di luar rumah.
Kenyataan Katy tersebut memang berdasarkan fakta yang nyata, dalam satu minggu terakhir saja sudah terjadi beberapa kes yang sama. Kes penembakan yang terbaru terjadi di Maryland Mall di mana tiga orang tewas ditembak.
Katy menggambarkan kes ini dengan kata 'memalukan'. Dia juga menambahkan bahawa dirinya turut berduka cita untuk mangsa-mangsa pada kes-kes penembakan tersebut melalui kicauannya yang lain.
0 comments:
Post a Comment