it's about anything. too many to mention...

Friday, August 13, 2010

kes lindsay lohan diwarnai skandal hakim


Hakim yang mengirim Lindsay Lohan ke penjara mengundurkan diri dari proses mahkamah hukuman percubaan pelakon, setelah ada keluhan bahawa dia melakukan perbicaraan tak layak mengenai kes itu.

Hakim Pengadilan Tinggi Marsha Revel menerima telefon dan mengadakan perbahasan dengan orang-orang dalam kes tersebut dan kami tak hadir, kata Jane Robinson dari pejabat Kejaksaan Wilayah Los Angeles.

Jane, Rabu kelmarin, mengatakan kes Lindsay sekarang akan ditangani oleh Hakim Elden Fox, kendati tak ada proses baru mahkamah. Lindsay Lohan dibelit mahkamah, setelah beliau terbukti memandu sambil mabuk.

Lindsay saat ini menjalani program pemulihan alkohol dan ubat selama 90 hari di University of California, Los Angeles, setelah menjalani 13 hari di dalam kurungan kerana beliau dinyatakan melanggar ketentuan hukuman percubaan dalam dua kes memandu dalam keadaan mabuk.

Di antara hubungan tak layak yang dilakukan Hakim Marsha dengan beberapa orang dalam kes itu adalah perbahasan mengenai di mana Lindsay akan masuk pusat pemulihan.

0 comments: