Sebuah perniagaan pembuat hair extension bernama Hairtech International dikhabarkan mengajukan saman pada Paris Hilton kerana pelakon ini dianggap telah melanggar kontrak perjanjian di antara mereka. Tak main-main Hairtech mengajukan permintaan ganti rugi material senilai US$35 juta atau kurang lebih setara dengan Rp315 miliar.
Dalam saman yang diajukan ke mahkamah, Hairtech menyebut bahawa tahun 2007 lalu syarikat ini telah membayar Paris Hilton untuk menjadi ikon dari jajaran produk Dream Catcher milik mereka namun beberapa kali Paris dilihat tampil di hadapan umum mengenakan produk milik pesaing Hairtech.
Selain itu, menurut Splash News, Hairtech juga menyaman Paris Hilton lantaran reputasi buruk artis ini dianggap telah merosak citra produk yang mereka cipta. Selama terikat kontrak dengan Hairtech Paris memang beberapa kali berhadapan dengan undang2 lantaran penyalahgunaan ubat dan alkohol.
Sebagai tambahan, syarikat ini juga mengaku dirugikan sekitar US$6,6 juta gara-gara Paris Hilton tak hadir dalam pesta yang diadakan Hairtech. Saat itu Paris Hilton memang sedang ditahan di balik jeriji besi. Setakat ini jurucakap dari pihak Paris Hilton masih belum melepas kenyataan rasmi apa pun.
0 comments:
Post a Comment