it's about anything. too many to mention...

Friday, October 1, 2010

jennifer love hewitt jadi mangsa pemerkosaan


Bagi pelakon Hollywood, semakin sukar watak yang harus dimainkan, maka akan semakin menarik dan mencabar watak tersebut. Mungkin hal inilah yang terlintas di benak Jennifer Love Hewitt ketika dirinya harus melakonkan seorang mangsa pemerkosaan.

Entah bagaimana pelakon akan melakonkan watak ini dalam drama televisyen LAW & ORDER: SPECIAL VICTIMS UNIT, kerana tentunya tidak akan mudah mendalami karakter yang telah menjalani hidup yang begitu mengerikan.

Hewitt sendiri akan menjadi Vicki Sayers, seorang wanita yang diperkosa secara brutal empat kali selama 15 tahun oleh lelaki yang sama.

Karakter yang dilakonkan pelakon cantik ini sendiri benar-benar ketakutan atas pemerkosanya, yang dengan sungguh-sungguh menguntitnya selama lima belas tahun. Sayers juga tidak berani mengungkapkan masalahnya kepada pihak yang berwajib.

Ketika akhirnya dia dapat dipujuk untuk melapor ke polis, akhirnya dia dapat melepaskan semua bebannya dengan menceritakan semua detail kisah yang mengerikan ini, sembari difoto dan diperiksa.

0 comments: