it's about anything. too many to mention...

Friday, October 1, 2010

johnny depp jadikan kapal layar alat pengangkutan kerja


Ketika biasanya orang akan memandu kereta menuju tempat kerja, maka hal ini tidak berlaku bagi Johnny Depp. Pelakon watak ini bukannya berlaku seperti layaknya orang lain, namun dia memilih untuk naik sebuah kapal tiap hari menuju tempat kerja.

Kalau kamu fikir ini adalah salah satu adegan dalam PIRATES OF THE CARIBBEAN, maka kali ini kamu salah. Ini kerana, Depp benar-benar menyewa sebuah yacht mewah sebagai alat pengangkutan menuju setting pembikinan filem PIRATES OF THE CARIBBEAN: ON STRANGER TIDES melalui Sungai Thames di London.

Dengan yacht yang diberi nama The Jolly Roger ini, Depp melalui Sungai Thames dari Battersea menuju Greenwich, tempat diadakannya penggembaraan filem yang menempatkan Depp sebagai Kapten Jack Sparrow ini.

Melihat gelagatnya, rupanya Depp sudah benar-benar menghayati bahkan mungkin menjadi Jack Sparrow sejati. Mungkin saja, ini kerana, Depp sendiri pernah mengaku bahawa watak ini ada tempat special di hatinya.

0 comments: