it's about anything. too many to mention...

Wednesday, October 6, 2010

justin timberlake tak ada akaun facebook


Justin Timberlake memang membintangi filem SOCIAL NETWORK yang mengangkat populariti Facebook. Ironinya, Justin mengaku bahawa dirinya bukan pengguna, bahkan tidak ada akaun Facebook!

Kesibukan menjadi alasan bekas anggota
N'Sync ini, sehingga dia tidak pernah memakai ataupun memiliki akaun dalam salah satu jaringan teman terbesar ini.

Kerana
Justin tidak ada akaun Facebook, maka dirinya sempat mengalami sebuah masalah ketika harus melakonkan Sean Parker, pembantu pereka Facebook yang sebelum ini juga menjadi salah satu pendiri Napster.

Selain kurangnya pengetahuan tentang Facebook,
Justin juga mengaku kesukaran dengan salah satu bahagian skrip yang mengharuskannya berbicara dengan selantang-lantangnya di tengah kelab yang sangat bising, ditambah dengan muzik yang sangat keras.

0 comments: