it's about anything. too many to mention...

Wednesday, October 6, 2010

natalie imbruglia jadi anggota boyzone!


Setelah 15 tahun berkarya, akhirnya Boyzone mempersilakan seorang wanita untuk bergabung dengan kumpulan vokal mereka. Istimewanya, biduanita adalah Natalie Imbruglia, penyanyi terkenal asal Australia.

Natalie akan menggantikan posisi Keith Duffy pada penampilan mereka yang akan bertajuk Down Under. Penampilan boyband ini ditujukan untuk mengenang Stephen Gately, salah seorang anggotanya yang meninggal satu tahun yang lalu.

Pertunjukan ini sendiri dikirakan akan sangat emosional kerana kematian Stephen sangat berat untuk anggota Boyzone yang lain, Ronan Keating, Mikey Graham, dan Shane Lynch. Keith, yang tidak dapat hadir kerana penggambaran filem juga menyatakan bahawa dia sangat menyesal tidak dapat datang di acara ini.

Kerana Keith tidak dapat datang, maka dia bertugas untuk menaburkan abu Stephen di Dublin, di tempat favorite mendiang yang meninggal pada usia 33 tahun kerana penyakit jantung ini.

0 comments: