it's about anything. too many to mention...

Wednesday, October 6, 2010

musuh david beckham juga bertambah


David Beckham berkongsi email dengan seorang perancang perhiasan yang suaminya menuduh isterinya curang dengannya.

Perempuan kaya bernama Shery Shabani itu mengaku kepada teman-temanya bahawa dia dan Becks yang dalam foto-fotonya dilihat mengenakan perhiasan rekaan perempuan cantik itu, tengah menjalin hubungan. Shabani juga menyebut Becks sebagai lelaki hebat.

Suami Shery yang terkenal suka menyendiri, Kambiz yang berusia 42 tahun, menyebut pesanan2 isterinya kepada Becks itu ganjen.

Namun Shery menyangkalnya dengan mengatakan pesanan2 itu sepenuhnya untuk urusan bisnes dan dia mengaku akrab juga dengan Victoria, isteri Bechkam.

Becks mengenakan gelang rekaan Shery saat menghadiri konsert Jonas Brothers dengan anak-anaknya yang bersekolah di satu sekolah yang sama dengan anak-anak pereka cantik itu.

Gelang manik-manik dilihat jelas dikenakan Becks pada bulan Mei di Los Angeles.

Shery yang berpenampilan semenawan Victoria Beckham, mengutip harga antara 630 - 4.000 pounsterling untuk perhiasan-perhiasan yang direkanya.

Peguam Kambiz jutawan yang disebut bernama Joseph, menyebut Becks sebagai kambing hitam berakhirnya pernikahan berumur 12 tahun bosnya itu.

Dalam kesaksiannya di mahkamah, dia menuduh isterinya berhubungan seks dengan David, namun dinafikan bekas kapten kumpula England dengan menyebutnya sebagai 'omongan melantur'.

Kini musuh Beckham bertambah setelah seorang pelacur menyamannya 16 juta pounsterling kerana Becks menafikan telah berhubungan seks tiga orang sekaligus dengan pelacur itu dan seorang temannya.

Pelacur, Irma Nici yang berusia 26 tahun, mengaku harus menjalani rawatan hospital setelah dipukuli orang-orang suruhan David dan Beckham menafikan tuduhan ini.

0 comments: