it's about anything. too many to mention...

Thursday, January 6, 2011

omg! payudara victoria beckham ternyata palsu!


Tak dapat dinafikan bahawa ramai selebriti yang rela menjalani pembedahan pembesaran payudara, walau banyak yang masih saja tak bersedia mengakuinya. Salah seorangnya adalah isteri pemain bola terkenal David Beckham, Victoria Beckham. Namun, dalam sebuah wawancara, tak sengaja, Victoria 'tersasul' dan mengindikasikan bahawa dia memang pernah melakukan 'boob job'.

Setelah hampir 10 tahun media dan public dibuat tertanya2 dengan pembedahan payudara yang pernah dijalaninya, akhirnya ibu tiga orang anak ini tak sengaja 'mengaku' dalam sebuah wawancara. Dalam wawancara ini, Victoria menyatakan bahawa dia telah melepas implan payudara yang membuatnya berukuran DD.

Victoria dikira melakukan pembedahan ini sekitar tahun 2000, namun selalu mengelak atau menolak komen mengenai benar tidaknya berita pembedahan payudara yang dilakukannya.

Selain pembedahan payudara, Victoria juga pernah menggunakan 'fake tan' yang akhirnya diakuinya tak lagi digunakan untuk menggelapkan kulitnya.

0 comments: