it's about anything. too many to mention...

Thursday, March 17, 2011

'lost in papua' diprotes lembaga masyarakat adat


Filem yang menggambarkan keindahan dan ragam budaya yang ada di Papua, LOST IN PAPUA ternyata diterima berbeza oleh masyarakat pulau di bahagian timur Indonesia ini. Ini kerana dalam filem tersebut menceritakan adanya suku kanibal yang hidup di pedalaman Papua.

Selepas membaca salah satu surat khabar Jakarta yang memuat berita bahawa terdapat suku kanibal di Papua, Lenis Kogoya, STh, M.Hum, selaku ketua Lembaga Masyarakat Adat (LMA) Papua, yang mewakili masyarakat Papua menyampaikan kekecewaannya terhadap isi berita tersebut kepada pihak syarikat produksi yang membuat filem LOST IN PAPUA.

Kerana adanya protes dari masyarakat Papua, Nayacom Meditama selaku syarikat produksi mengadakan pertemuan untuk mencari jalan keluar dari masalah ini. Dalam pertemuan tersebut, LMA Papua akan menyaksikan filem LOST IN PAPUA untuk memastikan apakah filem tersebut menyinggung masyarakat Papua atau tidak.

0 comments: