it's about anything. too many to mention...

Showing posts with label amy winehouse. Show all posts
Showing posts with label amy winehouse. Show all posts

Sunday, August 17, 2014

Most shocking celebrity deaths









Friday, August 10, 2012

Bekas suami Amy Winehouse dilaporkan koma


Bekas suami Amy Winehouse dilaporkan sedang dalam keadaan koma. Diduga, Blake Fielder-Civil tak sedarkan diri setelah menghadiri pesta minuman keras dan dadah. 

 Dipetik dari Contactmusic Khamis, Sarah Aspin yang kini menjadi kekasih Blake menemui lelaki itu dalam keadaan tidak sihat. Terbaring di tempat tidur Sarah, doktor menduga bahawa dia mengalami kegagalan fungsi beberapa organ tubuh. 

 Melihat keadaan Blake, Sarah pun langsung membawanya ke hospital Yorkshire, England. Kini, hidup Blake masih bergantung pada mesin-mesin life-support.

Friday, June 29, 2012

Amy Winehouse masih sering disms ayahnya


Amy Winehouse mungkin sudah meninggal dunia sejak setahun yang lalu. Namun jiwanya masih terus hidup dalam hati orang-orang di sekelilingnya, termasuk ayahnya, Mitch Winehouse. 

 Seperti dipetik dari Dailymail, ayahnya bahkan sama sekali belum boleh tenang dengan keberadaan anaknya di alam sana. Kerananya, dia masih sering melakukan hal seolah anaknya masih hidup. 

 Salah satu hal menyayat hati yang masih dilakukan Mitch hingga kini adalah mengirimkan SMS pada Amy. Ayahnya sering sekali mengirimkan kata-kata yang menyuruh anaknya pulang. 

 Walaupun tahu pesanan itu takkan pernah dibalas, namun setidaknya hal itu membuatnya merasa lebih baik. Dia merasa begitu sakit saat mengenang wajah pucat anaknya saat kematiannya.

Thursday, June 28, 2012

British invasion




Tuesday, June 26, 2012

Inikah permintaan terakhir Amy Winehouse pada bekas suami?


Kisah cinta Amy Winehouse dengan Blake Fielder-Civil memang boleh dikatakan rumit. Ini kerana, walaupun rumah tangga mereka dibumbui kekerasan, namun hati Amy rupanya sudah terlanjur tertambat pada lelaki tersebut. 

 Bahkan setelah mereka bercerai pada tahun 2009, Amy masih menyimpan cinta yang amat dalam pada Blake. Hal itu terbukti dari surat yang ditulis Amy untuk bekas suaminya. 

Seperti dipetik dari Dailymail, wanita yang meninggal di usia 27 tahun tersebut rupanya sangat ingin memiliki anak dari Blake. Baginya, kehamilan adalah hadiah valentine terindah yang sangat diidamkannya. 

 Fakta ini terungkap saat Georgette, ibu Blake, mendedahkan keterangan ini pada The Sun. Wanita itu mengungkapkan bahawa anaknya pernah menunjukkan isi surat itu padanya.

Sunday, April 1, 2012

bekas suami amy winehouse tak dapat apa2


Urusan setelah kematian tragis penyanyi berbakat Amy Winehouse belum selesai. Kerana tak ada surat warisan, bererti harta benda penyanyi Rehab itu jatuh ke tangan orang tuanya. Dalam erti lain, tidak sepersen pun untuk suaminya Blake Fielder-Civil.

Tercatat di peguam, Amy memiliki aset hampir 61 triliun Rupiah. Setelah dipotong cukai, jumlah itu menyusut menjadi 43 triliun Rupiah. Menurut peguamnya, wajar bila tidak ada surat wasiat, kerana memang ketika meninggal usia Amy baru 27 tahun.

Pencetak hit Back to Black yang memiliki 2 tahun pernikahan penuh gejolak ini dipercaya masih memiliki kekayaan lebih dari yang sudah tercatat.

Monday, February 20, 2012

amy winehouse lukis dirinya dengan dakwat darah


Rocker yang juga dikenal sebagai pecinta barang-barang seni Pete Doherty dikhabarkan akan mengadakan pameran lukisan solo di England. Salah satu karya istimewa yang akan dipajangnya adalah lukisan bergambar Amy Winehouse yang dibuat dengan dakwat darah.

Dipetik dari Contactmusic, sahabat dekat Amy yang pertama kali menampilkan karyanya pada pameran lukisan di Paris pada tahun 2008 ini bakal memajang lukisan tersebut dalam pameran yang bertajuk On Blood: A Portrait of the Artist. Pameran itu sendiri akan diadakan di London's Cob Gallery pada 26 Februari hingga 4 Mac 2012 akan datang.

Walaupun seluruh karya yang dipajangnya nanti memang menggunakan dakwat darah, namun lukisan bergambar Amy tersebut sangat istimewa kerana digarapnya bersama Amy. Menurut penuturan Pete, Amy sempat memamerkan lukisan itu pada ayahnya, Mitch Winehouse, namun sayang ayahnya kurang terkesan dengan karya itu.

Monday, December 26, 2011

fond farewell : star we lost in 2011

Monday, December 12, 2011

amy winehouse tolak isi soundtrack james bond


Sebelum ditemui meninggal pada Julai lalu, Amy Winehouse sempat bekerjasama dengan Mark Ronson untuk menggarap sebuah soundtrack filem JAMES BOND QUANTUM OF SOLACE. Namun projek ini akhirnya gagal setelah kedua2nya mengundurkan diri.

Ada pihak yang menyebut bahawa Amy mengundurkan diri dari projek tersebut kerana keadaan Amy yang tidak fit untuk melakukan rakaman. Hal berbeza justeru diutarakan oleh Salaam Remi, salah satu pemuzik yang ikut dalam projek tersebut, alasan Amy mengundurkan diri adalah kerana dirinya tidak menyukai lagu tersebut.

Remi juga menceritakan bahawa sejak saat itu Amy tidak pernah lagi membahas projek tersebut. Amy justeru mengajaknya bekerjasama menyelesaikan lagu Between the Cheats yang akhirnya dirilis di album selepas kematian Amy.

Wednesday, November 30, 2011

baju amy winehouse dilelong ayahnya


Meski sudah lama meninggal dunia, namun ayah Amy Winehouse masih sering merindukan anaknya tersebut. Demi menghilangkan rasa rindu dan juga demi menyumbangkan dana untuk yayasan untuk mengenang anaknya, ayah Amy Winehouse, Mitch akhirnya menjual baju anaknya yang pernah dipakai dalam cover albumnya, Back To Black.


Tuesday, November 22, 2011

12 lagu amy winehouse takkan pernah dirilis


Setelah Amy Winehouse tiada, bagi peminat2 tentunya Amy akan tetap abadi melalui suara yang menyanyi indah di setiap lagunya. Sayangnya, ada 12 lagu Amy yang takkan pernah didengar oleh peminat2.

Sebelum tewas, Amy ternyata telah berpesan pada pimpinan Island Records UK agar menyimpan rapat beberapa karyanya. Demi menghormati permintaan penyanyi ini yang tewas kerana keracunan minuman beralkohol ini, pihak syarikat rakaman pun memutuskan untuk tidak merilis 12 lagu Amy.

Tentunya hal ini sangat dikesali, kerana beberapa lagu, termasuk salah satu yang berjudul Procrastinate, dipercaya akan menjadi hit dan membuat banyak peminat.

Walau tak dapat mendengar 12 lagu Amy, bos2 syarikat ini memastikan bahawa peminat2 akan dipuaskan dengan album baru Amy yang dirilis selepas kematiannya, Lioness: Hidden Treasures, yang akan dirilis 5 Disember akan datang. Mereka yakin, album inilah yang diinginkan mendiang.

Monday, November 21, 2011

masih ada lagu karya amy winehouse yang jadi misteri


Beberapa saat setelah meninggalnya Amy Winehouse muncul berita yang penyanyi asal England ini ada cukup banyak material baru, cukup untuk dijadikan dua buah album. Sekarang, album ketiga Amy bakal dirilis yang ertinya masih ada material lain yang boleh dikemas menjadi album ke empat Amy. Sayangnya, material ini akan tetap jadi misteri kerana kemungkinan besar material ini akan tetap jadi koleksi peribadi keluarga Amy.

Menurut berita yang dipetik Contact Music, setidaknya ada 12 buah lagu lagi yang tak akan pernah diedarkan. Bukan kerana belum selesai, namun Amy Winehouse yang berpesan untuk tidak mengedarkan album ini. Menurut orang2 atasan Island Records, sebelum meninggal Amy dengan tegas melarang diedarkannya lagu2 ini.


Friday, November 18, 2011

amy winehouse merancang buat supergroup


Bukan cuma Mick Jagger saja yang boleh buat supergroup, mendiang Amy Winehouse pun sebenarnya sudah merancang membuat all-star group bersama beberapa pemuzik besar sebelum ajal meragutnya. Berita ini tersiar setelah produser yang sering berkomunikasi dengan Amy mengungkapkannya pada media.

Beberapa nama pernah disebut Salaam Remi, produser yang sudah membidani kelahiran album FRANK dan BACK TO BLACK. Konon Amy Winehouse sudah merancang membuat supergroup bersama ?uestlove dan pemain saksofon Soweto Kinch. Salaam Remi tahu bagaimana kerana Amy memang menulis semua yang rancangan yang akan beliau jalankan.

Salaam Remi juga mengatakan yang Amy Winehouse menulis semua lagu yang ada di album terbarunya ini. Album yang akan diedarkan bulan Disember ini juga memasukkan dua lagu yang menampilkan ?uestlove.

Thursday, November 17, 2011

foto dan video hantu amy winehouse tersebar!


Sejak ditemui tak bernyawa di kediamannya yang berlokasi di London, rupanya misteri kematian Amy Winehouse tak juga mereda. Tak hanya penyebab kematian yang misteri, namun juga mengenai desas desus mengenai hantu Amy yang berkeliaran di sekitar rumahnya.

Beberapa hari setelah pengkebumian Amy diadakan, sebuah foto mengejutkan ramai peminat. Dalam foto ini, tampak seseorang wanita mirip Amy yang dilihat dari jendela tingkat dua rumahnya.

Walau belum jelas apakah foto ini asli atau rekaan, tak pelak peminat2 dan keluarga yang kehilangan Amy merasa terganggu oleh anasir2 yang dianggap berusaha mengambil keuntungan dari kematian penyanyinya.

Tak hanya itu, beberapa berita menyebutkan bahawa teman2 terdekat Amy, termasuk Pete Doherty, lari lintang pukang ke Paris lantaran hantu Amy menghantui rumahnya di London. Doherty sempat menyatakan pada kawan2 terdekatnya bahawa dirinya sering melihat Amy di jendela rumahnya kala malam.

Wednesday, November 16, 2011

amy winehouse jadi hantu?

Empat bulan setelah kematiannya, kini muncul sebuah berita yang menakutkan tentang penyanyi lagu Back To Black ini. Sebagaimana saksi Pete Doherty, tersebar berita bahawa Amy Winehouse jadi hantu!

Dipetik dari splashnews, Pete bersaksi bahawa mendiang teman baiknya itu telah menemuinya setidaknya 3 atau 4 kali. Bayangan Amy beberapa kali muncul dalam gelap ketika dirinya berada di bilik.

Pete mengungkapkan pada the sun bahawa bayangan Amy yang dilihat menakutkan tersebut muncul beberapa kali di jendela biliknya ketika malam tiba. Hasilnya, dirinya pun ketakutan setengah mati dengan peristiwa yang dialaminya itu.

Demi menghindari mendiang Amy yang berkeliaran, Pete pun beranjak meninggalkan rumah yang didiaminya dan pindah ke Paris. Kebetulan, rumahnya itu memang berdekatan dengan rumah tempat Amy meninggal pada 23 Julai lalu.


Tuesday, November 8, 2011

ibu amy winehouse lari mendengar lagu anaknya?


Kematian pemuzik Amy Winehouse tampaknya masih meninggalkan duka bagi pihak keluarganya. Hasilnya, segala sesuatu tentang Amy menjadi hal yang sensitif bagi keluarga. Hal inilah yang membuat ibu Amy justeru lari lintang pukang ketika mendengar lagu anaknya diputar.

Dilansir dari contactmusic, Janis Winehouse mengakui bahawa saat ini 'mustahil' bagi dirinya untuk mendengar muzik anaknya. Ini kerana hal itu akan membuka luka lama yang menyakitkan ketika dirinya mendapati kenyataan bahawa anaknya sudah meninggal.

Dilaporkan, saat itu Janis sedang dalam perjalanan ke Sepanyol dengan suaminya, Richard, untuk menghadiri undangan makan malam salah satu teman. Tiba2 dia mendengar salah satu lagu anaknya berjudul Valerie diputar di radio. Dia pun tak kuasa menahan tangis dan segera pergi menjauh dari lokasi jamuan.


Tuesday, November 1, 2011

album amy winehouse beredar disember nanti


Pernah disebut hanya rumor sementara yang lain yakin benar yang material2 baru yang belum sempat diperdengarkan ini bakal beredar. Tak perlu menjadi masalah lagi kerana Mitch, ayah Amy Winehouse memastikan album ini bakal beredar Disember nanti. Jadi, siap2 saja dibuat terpukau oleh nyanyian suara mendiang Amy.

Friday, October 28, 2011

amy winehouse pernah menolak terapi


Mungkin kerana rasa yakin, mungkin juga kerana ketidakpercayaan namun yang pasti Amy Winehouse pernah menolak mengikuti terapi.

Amy Winehouse memang wanita cerdas yang tahu persis bagaimana menata hidupnya. Meski pernah terpuruk namun semangat hidup Amy masih sangat tinggi. Sayang banyak hal yang kadang tak dapat dijangkakan manusia.

Meski ini bukan cara yang wajar namun Romete ada keyakinan kalau Amy Winehouse tidak dalam keadaan yang boleh membahayakan dirinya sendiri.

Thursday, October 27, 2011

hasil pembedahan amy winehouse salah alamat


Bahkan setelah meninggal, nasib sial tak juga berhenti dialami Amy Winehouse. Kali ini, fail laporan penyelidikan kematian Amy salah alamat!

Kematian mendadak penyanyi muda di usia 27 tahun ini memang cukup misteri, yang membuat pihak berwajib melakukan penyiasatan demi mengetahui penyebab kematiannya. Sayangnya, setelah selesai, justeru fail laporannya tak sampai ke tangan yang berhak.

Pihak polis sudah membenarkan bahawa laporan ini memang telah dikirim ke alamat yang salah pada Jumaat. Untungnya, fail ini segera diserahkan ke pos polis terdekat oleh penerimanya.

Hasil pembedahan sebelum ini memang belum sampai pada kesimpulan. Hanya saja, pihak keluarga sudah menyatakan bahawa tak ada ubat-ubatan terlarang yang ditemukan di tubuhnya ketika meninggal.

penyebab kematian amy winehouse terungkap!


Tiga bulan selepas meninggalnya salah satu pemuzik paling berpengaruh, Amy Winehouse, akhirnya terkuaklah fakta yang menjadi penyebab kematiannya. Rabu semalam pihak yang membedah siasat jenazah Amy akhirnya mengumumkan bahawa kematian pemuzik berusia 27 tahun disebabkan oleh keracunan alkohol.

Selanjutnya, Chris juga mengungkapkan bahawa pihak hospital menyatakan adanya kandungan alkohol dalam tubuhnya ketika dia meninggal dunia. Kandungan tersebut sangat banyak sehingga dikesan sudah terakumulasi selama berhari-hari. Fakta ini sekaligus menepis kecurigaan bahawa Amy meninggal karena dadah.