it's about anything. too many to mention...

Showing posts with label liam gallagher. Show all posts
Showing posts with label liam gallagher. Show all posts

Monday, December 5, 2011

noel - liam gallagher bergaduh lagi!


Pergaduhan dua beradik ini nampaknya memang tidak akan pernah berakhir. Setelah beberapa kali bergaduh, akhir tahun ini kedua2nya lagi terlibat konflik ketika Liam Gallagher menyerang Noel Gallagher dengan kata2 kasar. Apa yang terjadi?

Contactmusic mengabarkan bahawa Liam menghujat abangnya tersebut lantaran menggunakan nada2 khas Oasis saat menjalani tour. Noel dianggap memainkan petikan nada kegemaran peminat2 dan memadukan beberapa di antaranya dengan projek barunya High Flying Birds. Padahal, menggunakan nada2 Oasis adalah satu hal yang sangat dihindari oleh Liam dalam karya2nya.

Liam sebenarnya juga pernah mengungkapkan bahawa dirinya dan band barunya, Beady Eye akan lebih memberikan sentuhan Oasis ke dalam tour yang diadakannya tahun depan. Namun Liam bertegas bahawa dirinya tidak akan memainkan lagu Oasis lagi.


Tuesday, November 15, 2011

liam gallagher didamprat yayasan sosial!


Akibat kata2nya yang tidak ditapis, pemuzik Liam Gallagher terpaksa harus menghadapi kritikan tajam dari sebuah yayasan sosial yang bergerak di bidang kesihatan mental. Perkara itu muncul lantaran Liam menyebut penyanyi Adam Ant dengan panggilan 'gila'.

Dipetik dari contactmusic, penyanyi 39 tahun tersebut memang sempat memberikan kenyataan tidak mengenakkan tentang Adam Ant, yang memang mengakui bahawa dirinya menderita kelainan mental. Tidak jelas pula apa yang membuatkan Liam tiba2 mengeluarkan kenyataan tersebut.

Kenyataan yang dianggap kasar tersebut, akhirnya menyebabkan kemarahan dari pihak yang menilai kata2 itu tidak manusiawi. Hasilnya, beberapa saat kemudian lembaga sosial yang berkaitan pun mengungkapkan kata2 pembelaan dan kritikan untuk adik Noel Gallagher tersebut.

Thursday, November 10, 2011

liam gallagher buat filem tentang oasis


Projek THE LONGEST COCKTAIL PARTY memang belum selesai namun Liam Gallagher sudah ada rancangan lain. Beliau merancang membuat filem tentang perjalanan karier Oasis. Menariknya, filem ini nanti akan dikisahkan secara terbalik. Tentu saja Liam ada maksud tertentu kenapa beliau ingin membuatnya jadi kisah yang terbalik.

Alasannya, Liam Gallagher tak ingin filem ini berakhir dengan bubarnya Oasis yang ditandai insiden kecil di Paris beberapa tahun lalu.

Seperti juga keyakinannya saat memulakan projek THE LONGEST COCKTAIL PARTY yang berkisah tentang The Beatles, kali ini Liam juga yakin yang filem tentang Oasis ini bakal menarik.


Wednesday, October 26, 2011

liam gallagher cuba2 jadi aktor


Kalau semula khabarnya Liam Gallagher hanya akan jadi produser dari projek filem yang diadaptasi dari buku berjudul THE LONGEST COCKTAIL PARTY, sekarang dikhabarkan kalau ketua Oasis ini juga bakal ikut berlakon di dalamnya. Sayang sampai saat ini belum jelas watak apa yang didapat Liam.

Monday, October 24, 2011

liam gallagher : oasis bakal reunion 2015 nanti


Melihat sikap penuh kebencian yang sering ditunjukkan Liam Gallagher pada abangnya Noel Gallagher, nampaknya hampir mustahil jika band yang membesarkan nama mereka, Oasis, akan pernah bersatu lagi. Namun Liam baru saja memberikan berita mengejutkan, yang menyatakan bahawa band kontroversi ini akan mengadakan reunion.

Reunion ini memang masih 'dipertimbangkan', namun paling tidak sudah ada niat, bahawa Liam, Noel dan beberapa rakan satu bandnya dalam Oasis akan kembali bersama untuk memperingati 20 tahun dirilisnya album (What's The Story) Morning Glory. Boleh jadi, reunion ini terinspirasi dari reunion yang juga dilakukan The Stone Roses, salah satu band favorite Liam.

Walau sudah sedikit 'luluh', tak bererti Liam berhenti berkata pedas tentang saudara yang berseteru dengannya sebelum akhirnya Oasis berakhir ini.

Friday, October 14, 2011

liam gallagher batal main konsert di swiss


Rancangan konsert yang telah disusun rapi oleh Liam Gallagher bersama band barunya, Beady Eye, di kota Zurich, Swiss terpaksa tidak terlaksana sesuai rancangan. Ini kerana ada masalah serius yang membuat band tersebut harus membatalkan jadual mereka.

Konsert Beady Eye di Zurich seharusnya akan diadakan pada Selasa lalu. Penyebabnya tak lain adalah kerana vokalisnya, Liam menderita sakit tekak yang tidak memungkinkannya untuk membawakan lagu, apalagi dalam waktu lama.

Sebagaimana dilansir dari contactmusic, atas pembatalan konsert tersebut, pihak Beady Eye mengungkapkan permintaan maaf melalui twitter Liam. Namun demikian, belum ada kepastian rasmi berkaitan kelanjutan konsert tersebut. Liam hanya mengatakan permintaan maaf dan berjanji akan segera kembali.

Tuesday, March 15, 2011

liam gallagher salahkan noel lagi!

Nampaknya perseteruan antara dua beradik Liam dan Noel Gallagher belum akan berakhir. Bahkan, boleh dikatakan masalah ini meluas sampai ke hal-hal yang tak ada hubungannya dengan band.

Alasan yang dikemukakan Liam kali ini berkaitan dengan hubungan mereka sebagai keluarga yang pernah tinggal satu rumah. Liam menyalahkan Noel, dan abangnya Paul, kerana tidak membantunya membela ibunya yang menjadi mangsa kekerasan ayahnya.

liam gallagher mudah agresif dan panik

Liam Gallagher mengaku memiliki masalah dalam kehidupan sehari-harinya. Suami Nicole Appleton ini ternyata mudah panik jika hal-hal yang dilakukannya tidak beres. Ayah kepada Gene, anak hasil pernikahannya dengan isterinya ini mengakui bahawa penting baginya untuk melakukan aktiviti sehari-hari dengan teratur demi menjaga agar dia tidak mudah panik.

Liam yang juga memiliki dua anak dari pernikahan sebelum ini, iaitu Molly dan Lennon, ini mengaku bahawa meski dia seorang suami dan ayah yang setia, namun kadang dia terlalu agresif. Seringkali dia tidak mampu mengendalikan diri dan berbuat hal-hal yang tidak masuk akal.

Thursday, March 3, 2011

liam gallagher : oasis mungkin bakal ada lagi

Liam Gallagher, seorang rocker berumur 38 tahun, telah mengubah keputusannya lagi dan sekarang mengatakan yang Oasis mungkin akan kembali bersama di kemudian hari.

Sebelum ini, Liam memutuskan untuk berjalan sendiri-sendiri setelah beliau dan abangnya, Noel, bertengkar di belakang pentas pada tahun 2009, dan sejak itu beliau tetap melanjutkan kariernya dengan membentuk band baru bernama Beady Eye.

Dulu, beliau mengatakan dengan tegas yang Oasis tidak akan bersatu kembali tapi hal ini berbanding terbalik dengan apa yang dikatakannya ketika diwawancara oleh The Quietus.com.

Liam juga menambah, jika Oasis bersatu kembali itu bukanlah kerana wang tetapi untuk peminat2 setia mereka. Menurutnya, ada beberapa orang yang membuatnya sukar untuk berbaik dengan saudaranya itu, tapi beliau tidak begitu mempermasalahkannya.

Monday, January 24, 2011

liam dan noel gallagher bakal akur lagi?


Nampaknya mustahil, kalau mengingat sejarah panjang pertengkaran dua beradik pengasas Oasis ini. Tapi siapa tahu? Yang jelas, Liam Gallagher pernah berujar kalau nanti suatu saat mereka bakal akur lagi. Entah bila tapi nampaknya bakal menarik kalau dua beradik ini sampai akur lagi. Apalagi kalau sampai jadi sebuah kolaborasi muzik seperti dulu.

Liam Gallagher memang tak sepi terlalu lama dari dunia muzik. Sejak bubarnya Oasis yang punca pertengkaran mereka di belakang pentas tahun 2009 lalu Liam memang sempat beristirehat meski kemudian beliau muncul lagi dengan Beady Eye yang langsung merengkuh sukses.

Khabarnya, saat ini
Noel memang sedang sibuk mengerjakan album solonya. Beliau memang tak mahu banyak bicara soal yang satu ini namun dari berbagai sumber didapat informasi bahawa Noel memang sudah masuk studio lagi.

kelemumur liam gallagher dikatakan kokain!


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ketua Oasis, Liam Gallagher ada satu penyakit yang cukup mengganggu. Penyakit ini juga membuat kulit kepalanya berkelemumur, bahkan cukup parah. Kerana parahnya, salah seorang peminatnya bahkan mengatakan kelemumur itu adalah kokain!

Hal ini dikatakannya baru2 ini ketika Liam mengatakan bahawa dirinya menderita sejenis penyakit kulit bernama psoriasis. Kerana penyakit ini, seluruh tubuh Liam dipenuhi dengan bintik2 merah yang sensitif.

Dan tentang kelemumur di kepalanya, Liam juga ada satu pengalaman yang tidak dilupakan bersama peminatnya, yang mengira ada kokain di kepalanya.

Monday, January 10, 2011

liam tuduh noel curi lagu oasis


Mungkin hanya dua beradik Oasis yang tahu bila perselisihan di antara mereka akan berakhir. Baru-baru ini, Liam Gallagher kembali 'menyerang' saudaranya yang keluar dari band yang membesarkan nama mereka, Noel Gallagher. Liam bahkan menuduh Noel mencuri lagunya!

Band ini bubar di tahun 2009 setelah pertengkaran yang cukup hebat antara dua beradik ini di belakang pentas setelah mereka tampil di Paris, Perancis. Liam sudah beberapa kali berang kepada adiknya melalui media, dan telah menyatakan bahawa dirinya tidak akan mungkin berdamai dengan Noel dan membentuk kembali Oasis.

Dan rocker ini, yang kini telah membentuk band baru bernama Beady Eye, menyatakan bahawa dirinya tak perlu mendengar album solo Noel, yang sebahagian besar dianggapnya 'mengambil' idea dari lagu-lagu yang akan dijadikan album terakhir Oasis di tahun 2008, Dig Out Your Soul.

Dalam kesempatan yang sama, Liam juga menyatakan bahawa konsert solo Noel nanti pasti akan membosankan.

Monday, December 20, 2010

liam gallagher : band baru lebih baik tanpa noel gallagher


Perseteruan rocker England Liam Gallagher dengan saudaranya yang juga satu band dengannya, Noel Gallagher rupanya belum berakhir. Liam, yang mendirikan band baru setelah Oasis bubar, menyatakan bahawa semua jadi lebih baik tanpa kehadiran Noel.

Liam sekarang menjadi vokalis dan gitaris kepada Beady Eyes, band baru dengan anggota sama persis dengan Oasis, minus Noel.

Sebelum ini, Liam dan Noel terlibat pertengkaran di belakang pentas sebelum konsert di Paris, yang berakhir dengan keluarnya Noel dari Oasis.

Friday, December 17, 2010

oasis bubar, liam dan noel gallagher berhenti saling bicara


Persaudaraan di antara dua anggota Oasis rupanya tidak menjadi alasan kedua2nya untuk berdamai setelah bertengkar dengan hebat. Bahkan, Liam Gallagher dan Noel Gallagher dilaporkan tidak saling bicara sejak Oasis bubar.

Band England ini bubar pada Ogos 2009 setelah vokalisnya, Liam, bertengkar hebat dengan Noel gitarisnya, yang juga saudara laki-lakinya di belakang pentas sebelum menjalani konsert di Paris, Perancis.

Noel menyatakan keluar dari band penuh kemarahan setelah pertengkaran ini, dan Liam, yang membentuk band bernama Beady Eye bersama anggota Oasis yang lain, menyatakan bahawa dirinya dan Noel tidak saling bicara selama kurang lebih 18 bulan.

Dan Liam bukan satu-satunya anggota Oasis yang 'jauh' dari Noel. Gem Archer, gitarisnya, mengaku bahawa hubungannya dengan Noel jadi sangat terbatas.

Monday, December 13, 2010

liam gallagher tak ingin tukar imej


Meski sudah lepas dari Oasis dan kini sepenuhnya mengawal Beady Eye namun Liam Gallagher tak ada rancangan menukar imej. Beliau akan tetap bernyanyi dengan gaya lamanya. Beliau juga tahu kalau nanti orang akan membandingkan Beady Eye dengan Oasis dan nampaknya Liam sama sekali tak keberatan.

Beady Eye
memang sudah menyiapkan album pertama mereka yang rancangannya bakal dirilis 28 Februari akan datang. Ada 13 lagu dalam album bertajuk DIFFERENT GEAR, STILL SPEEDING ini. Liam juga cukup yakin kalau album ini bakal diterima peminat lamanya.

Monday, November 29, 2010

tiket konsert liam gallagher laris!


Liam Gallagher nampaknya memang belum luntur. Meski beliau sudah tak lagi berdiri di bawah bendera Oasis nyatanya band baru bentukan vokalis berusia 38 tahun ini tetap jadi band yang ada banyak fans. Tiket konsert Beady Eye, band baru Liam, khabarnya terjual habis dalam waktu kurang dari setengah jam. Hebat!

Menurut berita yang dilansir Splash News, tiket konsert Beady Eye yang dijual mulai hari ini langsung habis dalam waktu kurang dari tiga puluh minit. Bayangkan betapa banyaknya orang yang sudah menunggu kemunculan Liam dengan band barunya ini!

Beady Eye sendiri belum ada album namun band yang beranggotakan Liam Gallagher, Gem Archer, Andy Bell, dan Chris Sharrock ini sudah melepas satu single berjudul Bring the Light 15 November lalu. Rancangannya album perdana Beady Eye baru akan dilepas tahun 2011 nanti.

Sementara ini, Beady Eye akan mengadakan beberapa konsert di keliling England dan beberapa kota lain di benua Eropah. Mac nanti Beady Eye akan mulai konsert mereka di tiga kota diawali dengan Glasgow, Manchester, dan ditutup di London sebelum seluruh kru diboyong ke negara lain.

Thursday, November 25, 2010

liam gallagher naik pentas lagi!


Walaupun pernah berujar yang beliau sudah bosan jadi rocker namun nyatanya Liam Gallagher masih membentuk Beady Eye dan bakal segera mengadakan tour keliling England tahun depan. Single band baru ini sendiri sudah dilepas awal bulan ini dan nampaknya dalam waktu dekat sebuah album bakal segera menyusul.

Liam Gallagher membentuk Beady Eye tak berapa lama setelah Oasis bubar gara-gara perseteruannya dengan Noel Gallagher. Tercatat ada nama Gem Archer, Andy Bell, dan Chris Sharrock yang menjadi penyokong band bernama unik ini. Sejauh ini band ini memang baru melepas satu single berjudul Bring The Light yang diberi percuma kepada peminat.

Menurut berita yang dilansir Splash News, Beady Eye akan mulakan tour mereka di Glasgow pada 3 Mac akan datang. Selanjutnya seluruh kru akan dibawa juga ke O2 Apollo di Manchester dan Troxy di London. Setelah itu barulah Beady Eye akan mengunjungi fans mereka di Perancis, Jerman, Sepanyol, dan Belanda. Tiket untuk menonton pertunjukan ini akan mulai dijual melalui beberapa laman penjualan tiket termasuk laman rasmi Beady Eye mulai 26 November nanti.

Tuesday, November 9, 2010

liam gallagher bosan jadi rocker


Jadi rocker selama dua dasawarsa ternyata sudah cukup buat Liam Gallagher. Bekas anggota Oasis sekarang sudah bosan jadi rocker dan memilih tinggal di rumah setiap malam Minggu berbanding harus ke pub. Salah satu penyebabnya ternyata adalah Patsy Kensit, bekas isterinya.

Liam Gallagher nampaknya juga tak berusaha menutupi aktiviti barunya ini. Beliau bahkan mengajak keluarga dan teman-temannya ikut nonton STRICTLY COME DANCING.

Monday, May 10, 2010

liam gallagher buat filem tentang the beatles

the beatles memang adalah salah satu kumpulan yang menjadi sumber inspirasi liam gallagher dalam mencipta lagu dan bukanlah rahsia yang liam adalah salah seorang peminat setia kumpulan dari UK itu. kini, sebagai bukti dengan cinta liam pada the beatles, ketua oasis ini merancang membuat sebuah filem tentang the beatles.

memang tak seluruh perjalanan panjang the beatles akan dirangkumi dalam filem ini. liam hanya akan menyorot tahun2 terakhir sebelum bubarnya kumpulan legenda ini terutama dalam kaitannya dengan apple corp., syarikat milik mereka. menurut splash news, filem ini akan berdasarkan pada sebuah buku berjudul the longest cocktail party yang ditulis oleh richard dilello.

filem ini akan diproduksi oleh in 1 production, syarikat milik liam, dan bekerjasama dengan revolution films. setakat ini memang belum banyak maklumat yang tersebar tentang filem ini namun ada maklumat yang menyebutkan yang maklumat tentang filem ini akan diungkap dalam cannes film festival nanti.

liam Pictures, Images and Photos

Friday, April 9, 2010

liam gallagher akan pukul noel gallagher jika bertemu

permusuhan antara dua beradik liam gallagher dan noel gallagher sudah jadi pengetahuan umum. kedua2 adik beradik yang mulanya bergabung dalam kumpulan oasis ini bertengkar dan akhirnya kumpulan mereka bubar. liam sampai saat ini belum baik dengan abangnya, dia mengaku pasti akan memukulnya jika bertemu.

liam dan noel sudah lama bermusuhan, bahkan sejak mereka masih bergabung dalam oasis kedua2nya kerap kali bertengkar. pertengkaran hebat yang terakhir kali terjadi dalam tahun 2000 saat kedua2nya bertengkar mulut sewaktu sedang mabuk. waktu itu oasis sedang jelajah di barcelona. liam yang mabuk menanyakan tentang hak penjagaan anak noel, anais. abangnya terus marah dan memukul kepalanya. setelah peristiwa itu noel keluar dari kumpulan itu.

Liam gallagher Pictures, Images and Photos