it's about anything. too many to mention...

Showing posts with label rizky hanggono. Show all posts
Showing posts with label rizky hanggono. Show all posts

Monday, January 24, 2011

rizky hanggono sedia watak apa pun


Aktor Rizky Hanggono merasa bersyukur dengan keadaan keluarga yang dibinanya bersama Roro Maheswari Yakti. Kehadiran anaknya juga turut memberikan kebahagiaan, dan mendorongnya untuk berkarier lebih bersemangat.

Kariernya di 2011 juga harus terus dipupuk, tidak peduli walau harus melalui drama stripping yang dirasakan cukup berat. Aktor yang memulakan lakonan melalui filem Ungu Violet (2005) itu mengaku rela hati di tahun yang baru berjalan hampir satu bulan itu, sedia menerima tawaran drama stripping.

Soal karakter yang dilakonkannya selama ini lebih banyak watak protagonis, meski beberapa FTV juga pernah memberinya watak antagonis. Padahal sebenarnya dirinya sedia dengan watak apapun yang diberikan oleh pengarah.

Termasuk jika harus melakonkan filem horror, Rizky tidak pernah mempermasalahkan. Namun memang dirasakan watak ini kurang selesa bagi karakternya secara peribadi. Sejak awal lelaki satu anak ini tidak menyukai hal-hal yang bersifat mistik.

Sunday, January 23, 2011

rizky hanggono : isteri sudah seperti pawang gue


Aktor Rizky Hanggono merasa aman dapat melalui rumahtangganya selama hampir tiga tahun. Kehadiran anak semakin menenangkan keluarganya, persoalan yang datang juga masih dianggap secara wajar dan dapat diselesaikan.

Isterinya, Roro Maheswari Yakti, sudah sangat mengerti dengan kerjaya suaminya. Dia selalu menyokong dan boleh mengimbangi setiap persoalan datang dalam rumah tangga.

Sementara itu dalam filem ANAKLUH, Rizky Hanggono melakonkan Nando, lelaki yang penuh kekaguman hingga menjadi rebutan seorang ibu dan anak. Kisah ini diangkat dari novel Anakluh Berwajah Bumi karya Eduart Pesta Sirait.

Thursday, October 21, 2010

rizky hanggono 'ditampar' julie estelle


Rizky Hanggono pernah ditampar oleh Julie Estelle, menurutnya hal itu merupakan kenangan yang tidak terlupakan. Dia pernah ditampar oleh Julie sebanyak 19 kali. Semua tamparan itu harus diterima Rizky dalam proses pembikinan filem AKU ATAU DIA.

Rizky tampak mengganding isterinya dalam acara tersebut. Sebagai isteri, Roro mengaku siap dengan risiko pekerjaan Rizky sebagai pekerja seni. Terutama saat Rizky dikerumuni fans perempuan.

rizky hanggono - roro belum akan tambah anak


Rizky Hanggono tampak mengganding mesra isterinya Roro saat menghadiri premier filem terbarunya. Pasangan yang menikah pada tarikh unik 09/09 tersebut tampak kompak dalam balutan baju warna hitam. Menurut Roro yang mengerti aslinya Rizky adalah dia. Rizky sangat berbeza ketika harus berlakon di belakang layar dengan ketika dia harus menjalani hidup sehari-hari.

Sebagai seorang suami
Rizky selalu berusaha untuk jujur. Keterbukaan merupakan hal yang penting dalam pernikahan mereka. Rizky selalu menceritakan tentang lawan mainnya kepada isterinya tersebut.

Pasangan yang kompak ini belum akan menambah anak dalam waktu dekat. Mereka merancang untuk memberi jeda sampai anak pertama mereka berusia sekitar tiga atau empat tahun.

rizky hanggono diizinkan isteri beradegan ciuman


Keterbukaan antara pasangan memang penting, begitu juga bagi pasangan Rizky Hanggono dan Roro Waheswariawati. Ketika Rizky harus beradegan ciuman dia berusaha untuk menjelaskan tricknya kepada isterinya.

Sebagai seorang isteri, Roro pasti mengizinkan, walau agak was2 tapi dia sedar itu adalah risiko dari pekerjaan Rizky sebagai seorang aktor.

Sikap memahami yang ditunjukkan Roro membuat Rizky selesa untuk bekerja. Lampu hijau tersebut adalah tanda betapa Roro mempercayai suaminya tersebut.

Monday, August 30, 2010

rizky hanggono, jadikan isteri tempat curhat


Kerukunan dalam rumahtangga memang tak lepas dari komunikasi antara suami dan isteri. Saling memahami menjadi kunci yang sangat penting. Itulah yang dirasakan pelakon filem DEALOVA, Rizky Hanggono ketika dirinya membina hubungan dengan isterinya, Roro Maheswari Yakti.

Rizky Hanggono juga selalu menjadikan isteri yang dikahwininya pada 9 September 2007 itu sebagai tempat curhat.

Dan bagaimanapun, Rizky merasa bahawa dirinya adalah manusia yang masih banyak kekurangan secara peribadi dan juga dalam rumahtangga, namun dirinya juga selalu berdoa supaya dirinya menjadi suami yang baik.