it's about anything. too many to mention...

Showing posts with label muse. Show all posts
Showing posts with label muse. Show all posts

Monday, December 26, 2011

celebrity babies born in 2011









Wednesday, November 23, 2011

target meleset, muse baru masuk studio minggu ini


Semula target Muse adalah bulan September atau Oktober namun sekarang trio asal Devon, London ini mula proses rakaman. Kali ini London dipilih sebagai tempat untuk mengerjakan album ini. Kalau jangkaan awal masih boleh digunakan, maka album ini bakal siap dirakam sekitar akhir tahun ini. Semoga saja proses rakaman kali ini berjalan lancar.

Entah ke mana kreativiti anggota2 Muse ini akan berjalan namun yang pasti London akan menjadi tuan rumah terciptanya album baru Muse ini.

Kali ini berbeza. Matt Bellamy, Christopher Wolstenholme dan Dominic Howard nampaknya bakal total mengerjakan album ini di London dengan alasan agar mereka tak terlalu dibebani oleh proses rakaman.


Friday, October 21, 2011

muse sumbangkan alat muzik buat universiti


Tahun 2008 lalu, anggota2 Muse mendapat anugerah gelaran doktor dari universiti Plymouth. Sekarang, tiga tahun berselang, mereka bertiga membalas kebaikan ini dengan menyumbangkan kelengkapan alat muzik bernilai 15 Poundsterling. Muse berharap bantuan alat muzik ini dapat berguna buat mahasiswa2 di sana.

Sunday, March 27, 2011

celebrity rumor mill









Monday, March 14, 2011

akan ada lagu 'nina bobo' di album baru muse

Muse selama ini terkenal dengan muziknya yang so pasti jauh dari kesan 'mendayu-dayu'. Namun, kali ini, khusus untuk kekasih yang tengah hamil, Matt Bellamy vokalisnya, merancang memasukkan lagu 'nina bobo' dalam album Muse nanti!

Penyanyi berusia 32 tahun ini sekarang sedang menunggu kelahiran buah hati pertamanya dengan aktres cantik Kate Hudson. Kebahagiaannya ini pun disalurkan dalam bentuk lagu 'nina bobo' special yang didedikasikan untuk keluarga kecilnya dalam album terbaru bandnya nanti.

Wednesday, March 2, 2011

muse huni london demi album baru

Muse, band asal England yang dianggotai oleh Matthew Bellamy, Christopher Wolstenholme, dan Dominic Howard, merancang akan pindah ke London untuk menyelesaikan album ke enamnya. Mereka berharap dapat mengeluarkan album terbarunya tersebut tahun depan.

Band penyanyi lagu Undisclosed Desires tersebut nampaknya gembira dengan dipindahnya markas mereka ke London, kerana mereka sebelum ini tinggal di tempat yang terpisah.

Namun, kali ini, Muse bakal dapat tinggal bersama demi tergarapnya album mereka dengan maksima.

Menurut Matt Bellamy, ketua Muse, yang juga kekasih Kate Hudson, mereka sebelum ini memang pernah membuat lagu di London, namun bukan album secara penuh.

Sunday, January 30, 2011

celebrity rumor mill







Wednesday, January 5, 2011

muse bakal adakan konsert di luar angkasa


Gantungkan cita-cita setinggi langit! Mungkin inilah yang memberi inspirasi kepada Muse untuk cita-cita mereka. Bahkan, ungkapan ini juga bukan sekadar kata-kata untuk mereka, kerana mereka benar-benar bercita-cita mengadakan konsert di luar angkasa!

Cita-cita ini juga bukan hanya sekadar impian kosong, kerana Muse bahkan sudah berbincang dengan Richard Branson dan merancang 'menumpang' penerbangan Virgin Galactic tak lama lagi.

Hal ini diungkapkan vokalisnya, Matt Bellamy, yang juga kekasih aktres cantik Kate Hudson, kepada The Sun.

Thursday, December 23, 2010

merokok di atas pentas, muse buat panitia berang


Konsert Muse di Melbourne, Australia diwarnai insiden tidak mengenakkan. Ini kerana, pemuzik England ini ditegur dengan keras oleh pihak panitia kerana melanggar larangan merokok dengan sengaja merokok di atas pentas.

Rocker2 ini tampil di Ron Laver Arena, Melbourne awal bulan ini, dan dilaporkan membuat marah pihak penyelenggara kerana pelanggaran peraturan anti rokok selama show berlangsung. Muse sendiri sudah diberitahu dari awal bahawa mereka tidak dibolehkan merokok, namun Muse memilih untuk cuek.

Kerana ini, pihak penyelenggara memutuskan untuk menegur Muse, kerana mereka merasa 'kecewa' Muse tidak mengendahkan larangan.

Tuesday, December 21, 2010

muse buat kerajaan australia kecewa berat


Wajar rasanya kalau kerajaan Australia merasa kecewa. Bagaimana tidak, Muse yang sempat show di benua kanggaru ini ternyata tak mengendahkan peraturan yang berlaku di sana. Meskipun sudah diingatkan namun nampaknya anggota2 Muse tetap tak peduli dan terus merokok selagi mereka berada di atas pentas.

14 Disember lalu, Muse memang tampil di hadapan public Melbourne, Australia dan pementasan saat itulah yang jadi masalah sampai saat ini. Menurut pihak penyelenggara konsert, petugas kerajaan sempat menyampaikan pada anggota2 Muse bahawa mereka tidak diizinkan merokok selama masih di atas pentas. Sayangnya, Muse nampaknya tak terlalu peduli dengan peraturan yang berlaku di sana dan tetap merokok meski sudah diingatkan pihak penyelenggara konsert.

Sebenarnya pihak penyelenggara konsert sudah berusaha menyedari kalau selama ini
Muse identik dengan anti kemapanan namun tetap saja langkah tak bijak band asal England ini membuat pihak kerajaan Australia merasa geram.

Wednesday, December 1, 2010

muse bakal kawal u2 ke amerika selatan


U2 memang sudah memastikan bakal mengunjungi peminat mereka di dua kota di Amerika Selatan meski dua kota ini masih belum masuk ke jadual tour 360° Tour mereka. Siapa yang akan mengawal mereka selama berkunjung ke dua kota ini? Muse! Trio asal England ini akan menjadi tamu di pentas konsert U2 selama mereka show di Argentina dan Brazil.

Menurut berita yang dilansir Splash News, tiket untuk menyaksikan konsert di dua kota ini boleh dibeli mulai 7 Disember nanti. Namun buat mereka peminat setia Muse, Anda mendapat kesempatan untuk memesan lebih dulu tiket ini mulai 6 Disember.

Sebelum ini juga pernah diberitakan yang U2 bakal segera masuk studio lagi untuk menggarap album baru mereka yang kemungkinan akan dilancarkan tahun 2011 nanti sementara Muse nampaknya belum ada rancangan untuk mengeluarkan album kesinambungan THE RESISTANCE yang dirilis 2009 lalu.