it's about anything. too many to mention...

Showing posts with label ririn dwi ariyanti. Show all posts
Showing posts with label ririn dwi ariyanti. Show all posts

Tuesday, March 17, 2015

Akhir minggu, Ririn Dwi Aryanti jalan bersama suami

Setiap akhir minggu, aktres cantik Ririn Dwi Ariyanti dan suaminya Aldi Bragi berusaha menyempatkan diri untuk menghabiskan waktu bersama. Berbagai kegiatan mereka lakukan untuk menjalin keintiman sehingga masih tetap mesra hingga hampir 5 tahun perkahwinan. 

 Nama Aldi sempat popular di era 90-an sebagai ketua kumpulan Bragi. Menariknya passion bermuzik anaknya boleh jauh berbeza dari ayahnya. Aldi memang tidak mengekang passion dua anaknya.

 Aldi dan Ririn Dwi Ariyanti memiliki dua orang puteri yang usianya tidak jauh berbeza. Anak pertamanya lahir pada 13 Oktober 2011, sementara puteri keduanya lahir pada 12 Januari 2013.

Friday, March 13, 2015

Masih kecil, 2 anak Ririn Dwi Aryanti sudah menggilai muzik

Ririn Dwi Ariyanti sedang menikmati peranannya sebagai ibu. Apalagi kedua-dua anaknya Siti Alana Kalyani dan Siti Alecia Kaira sedang lucu-lucunya. Meski masih kecil, rupanya kedua-dua anaknya sudah mulai menunjukkan ketertarikan dengan alat muzik. Apalagi ayahnya, Aldi Bragi memang seorang pemuzik. 

 Istimewanya, bakat-bakat semulajadi sudah mulai terlihat pada kedua-dua anaknya itu di bidang muzik. Masing-masing pada alat instrumen kegemaran yang selalu mainkan tiap harinya. 

 Ririn dan Aldi sendiri tak pernah mengarahkan anaknya harus jadi seperti apa nanti. Sebagai orang tua, mereka hanya akan memberikan sokongan dalam bentuk support dan kemudahan untuk kedua-dua buah hati.

Saturday, February 28, 2015

Berpose bersama anak, Ririn Dwi Ariyanti dilihat sama-sama cantik

Nama Ririn Dwi Ariyanti memang menjadi salah satu artis wanita yang ada ramai peminat di Indonesia. Sejak kemunculannya di layar televisyen, beliau sudah mampu menarik perhatian umum, terutama kaum adam.

Semua itu berkat wajah cantik serta bakat yang dimilikinya. Bintang iklan Emeron itu juga ada wajah yang awet muda. Hal itu dilihat saat beliau berpose bersama anaknya.

Tak percaya? Sebagai bukti, kamu boleh melihat foto yang beliau muatnaik beberapa waktu lalu. Dalam foto itu beliau berpose bersama Adira Kania.


Sunday, September 30, 2012

Hamil anak kedua, Ririn Dwi Aryanti perlu tenaga double

Keinginan Ririn Dwi Aryanti memiliki anak kedua bakal kesampaian. Ini kerana bintang lakonan layar lebar ini sedang mengandung janin berusia lebih kurang lima bulan setengah.

Ibu kepada Siti Alana Kalyani ini menambah, kehamilan kedua tersebut sudah dijangkakan. Apalagi suaminya, Aldi Bragi menginginkan dua atau tiga anak lagi.

Tetapi dibandingkan dengan kehamilan pertama, pada masa mengandung kedua ini lebh menguras tenaga. Sebab Ririn harus membahagi waktu untuk mengurus anak pertama dan janin bayinya.

Hamil kedua, berat Ririn Dwi Aryanti turun 5kg


Mengurus dua anak sekaligus nampaknya sudah risiko yang mesti ditanggung Ririn Dwi Aryanti. Kini di dalam rahimnya ada janin bayi berusia 5 bulan. Beliau mengaku tidak kepenatan mengasuh kedua-duanya hingga cuti penggambaran sekalipun. Begitu diungkapkannya, Jumaat.

Dilanjutkan kala ditemui di Balai Kartini Jakarta, pada kehamilan kedua ini dia tidak merasakan mengidam. Malah berat badannya menurun hingga 5kg.


Saturday, September 29, 2012

Ririn Dwi Aryanti hamil 5 bulan

Pasangan Aldi Bragi dan Ririn Dwi Aryanti telah dikurniakan seorang anak, Siti Alana Kalyani pada Oktober 2011. Anaknya kini sudah hampir berumur setahun, Ririn pun sedang hamil lagi.

Ririn kini sedang hamil lima bulan. Isteri Aldi Bragi itu juga mengaku jenis jantina anaknya perempuan.

Tambah anak memang sudah menjadi keinginan Ririn dan Aldi. Rancangannya mereka ingin mempunyai tiga anak dalam keluarganya.

Saat ini, Ririn pun tak terlalu sering membintangi drama.

Thursday, June 14, 2012

Jaga anak, kegiatan Ririn dihadkan Aldi?


Selepas melahirkan anak pertama Siti Alana Kalyani, ternyata Ririn Dwi Aryanti telah melakukan penggambaran. Namun bayinya kian memerlukan perhatian maka dia pun menghentikan kegiatan lakonannya dan bukan kerana larangan dari suaminya, Aldi Bragi.

Dijumpai selepas pelancaran Mamypoko Standar Tipe Perekat di Djakarta Theater, Selasa, Ririn menambah selain ingin berdekatan dengan anak, pula kerana Siti akan bersekolah.

Kala ditanya apakah dia tidak rindu dengan pekerjaannya, Ririn tersenyum.

Wednesday, December 21, 2011

ririn dwi aryanti harus berkongsi kasih sayang


Hadirnya anaknya semakin melengkapi kebahagiaan keluarga Ririn Dwi Ariyanti dan Aldi Bragi. Jika sebelum ini mereka hanya ditemani Siti Adira Kinaya (Dira), anak dari pernikahan Aldi dengan Ikke Nurjanah, kini bertambah bayi Siti Alana Kalyani. Kebahagiaan mereka terlihat dari kebiasaan Aldi dan Dira yang selalu membantu merawat bayinya.

Namun Ririn mengungkapkan kalau sebenarnya tidak ada pembahagian pekerjaan secara khusus. Bahkan seboleh mungkin dirinya akan menghandle si kecil, namun kedua2 'teman hidupnya' selalu dengan senang hati turut membantunya.

Ririn sendiri masih terus berjaga, beradaptasi dengan kebiasaan bayinya, yang biasa tengah malam ngompol atau minta ASI. Ririn pun mengaku harus pandai membahagi kasih sayangnya untuk mereka.

Siti Alana Kalyani lahir 13 Oktober lalu. Perhatian Ririn pun tercurah untuk Alana yang baru berusia 2 bulan itu. Sehingga nyaris tidak ada kegiatan untuk dunia entertainment.

Tuesday, December 20, 2011

aldy - ririn makin lengkap dengan hadirnya alana


Pasangan Ririn Dwi Ariyanti dan Aldi Bragi nampak berseri dan bahagia dengan bayinya Siti Alana Kalyani yang baru genap dua bulan. Meski tidak dibantah kalau aktivitinya semakin susah dengan kehadiran buah hatinya.

Alana, demikian bayi itu dipanggil, menurut Ririn sudah berusia 2 bulan, tepatnya 13 Disember lalu. Kini dia sudah boleh meniarap sambil mengangkat leher. Dia suka pada posisi mengangkat leher dan membalik badannya, miring-miring dan ngoceh-ngoceh.

Aldy dan Ririn saat ditemui,Isnin malam, di Studio Hanggar, Pancoran, Jakarta Selatan, mengungkapkan kebahagiaan keluarganya yang semakin ceria. Semula hanya ada Siti Adira Kinaya, anak pertama Aldy dari pernikahannya dengan Ikke Nurjanah.

Tuesday, October 18, 2011

keadaan lemah, alasan ririn dwi aryanti lakukan caesar


Artis cantik Ririn Dwi Aryanti bersama suaminya, Aldi Bragi sebenarnya menginginkan persalinannya berlangsung dengan normal. Namun apa daya, keadaannya yang lemah membuat Ririn harus menjalani pembedahan caesar.

Aldi yang ikut menunggui persalinan mengaku berdebar2 dan juga tegang. Ini kerana, keadaan isterinya yang lemah boleh membuat terjadinya komplikasi.

siti alana kalyani, nama anak ririn - aldi


Pasangan artis Ririn Dwi Aryanti dan Aldi Wahab mendapat seorang anak cantik. Kedua2nya pun sepakat memberikan nama Siti Alana Kalyani kepada bayi comel ini.

Anak pertama Aldi dari pernikahannya dengan penyanyi dangdut Ikke Nurjanah, Dira turut seronok mendapat adik baru. Dira pun, kata Aldi ikut menemani ibu tirinya itu selepas persalinan.

Monday, October 17, 2011

selama bersalin, ririn ditemani aldi dan dira


Pasangan Aldi Bragi dan Ririn Dwi Ayanti tengah berbahagia dengan kehadiran bayi perempuan yang lahir pada Khamis malam. Kini keadaan Ririn beransur normal, setelah menjalani pembedahan caesar.

Bayi comel yang diberi nama Siti Alana Kalyani itu memiliki berat 3.2 kg dan panjang 49.5 cm. Segala rasa sakit yang dirasakan Ririn selama proses persalinan hilang setelah melihat bayi comelnya itu. Semula Ririn berkeinginan menjalani persalinan secara normal, namun akhirnya harus pembedahan.

Ririn juga mengaku bersyukur dikurniakan suami seperti Aldi dan juga Dira, anak tirinya, yang sepanjang proses persalinan selalu setia menemani. Dira yang merupakan anak Aldi dengan penyanyi Ikke Nurjanah itu ikut bahagia dikurnia adik baru.

Friday, October 14, 2011

ririn dwi aryanti lahirkan bayi perempuan


Berita bahagia datang dari pasangan selebriti, Aldi Bragi dan Ririn Dwi Aryanti. Ririn melahirkan anak perempuan di hospital Ibu dan Anak Kemang Medical Center, Jakarta, Khamis malam pukul 8.15 malam. Bayi comel yang baru diberi nama Siti itu memiliki berat 3.2 kg dan panjang 49.5 cm.

Menurut Aldi, Ririn sendiri sudah melihat bayinya. Namun, kerana keadaannya tidak memungkinkan, dirinya belum diizinkan untuk bangun dari tempat tidurnya. Lengkap sudah kebahagiaan Ririn kerana dirinya juga sudah boleh menyusukan bayinya.

Wednesday, June 15, 2011

ririn dwi aryanti jadi makin suka makanan indonesia


Lantaran faktor kehamilan janin dalam perutnya, artis Ririn Dwi Aryanti jadi sering lapar dan banyak makan. Kegiatan harian hanya diisi dengan makan dan tidur, serta mengerjakan hal-hal yang kecil.

Ririn yang sedang hamil 5.5 bulan itu jadi banyak makan terutama makanan Indonesia. Tentu suaminya menjadi sasaran untuk menyediakan atau membelikan makanan-makanan yang diinginkan tersebut.

Tuesday, June 14, 2011

ririn dwi aryanti hanya mahu susu dari tangan aldi


Pasangan selebriti Ririn Dwi Aryanti dan Aldi Bragi sedang bahagia dengan perkembangan janinnya yang kini berusia 5.5 bulan. Seperti ibu hamil yang lain, artis drama ini mengaku mudah lapar dan bertambah gemuk.

Ririn didampingi Aldi yang datang di resepsi pernikahan Shezy Idris dan Akis di Hotel Syahid, Jakarta Pusat, Ahad malam, mengaku lebih banyak tidur, bahkan sehari-hari semakin manja. Minum susu pun hanya mahu jika yang menyiapkan tangan suaminya.

Aldi pun memahami dengan keadaan isterinya, dan sudah biasa meladeni keinginannya yang terkadang rewel.

Berat tubuh Ririn sendiri telah beberapa kali mengalami kenaikan. Dari posisi terakhir menimbang badan, kini sudah naik lagi lima kilogram. Dia pun sudah mulai istirehat dari kegiatan di dunia entertainment.

aldi - ririn belum tahu jenis jantina janin


Pasangan artis Aldi Bragi dan Ririn Dwi Aryanti mengaku belum mengetahui jenis kelamin janin yang dikandung bintang lakonan layar lebar itu. Padahal kehamilan itu sudah berusia 5.5 bulan.

Ririn yang ditemui di resepsi pernikahan Shezy Idris dan Akis di Hotel Syahid, Jakarta Pusat, Ahad malam, mengaku sedang bahagia mengikuti perkembangan janinnya. Namun mereka belum berfikir untuk menyiapkan kelengkapan bayi, kerana sesuai adat tidak disarankan.

Menurut Aldi, dalam keseharian isterinya semakin manja sejak mengandung. Dia pun tidak merasa kaget, mungkin sudah bawaan bayi, seperti dialami oleh ibu-ibu hamil yang lain.

Friday, May 27, 2011

hamil 4 bulan, ririn dwi aryanti merasa 'plus'


Dalam keadaan hamil 4 bulan, isteri Aldi Bragi, Ririn Dwi Aryanti, tetap menjaga penampilan. Ditemui saat dirinya didaulat menjadi duta Claris di Hotel Nikko, MH Thamrin, Jakarta Pusat, semalam, bintang drama ADA APA DENGAN CINTA ini memang dilihat lebih cantik.

Dengan mengenakan gaun warna hitam tanpa lengan, Ririn begitu yakin dengan penampilannya.

Meski ada yang menilai jika wanita hamil lebih dilihat seksi, Ririn tak mahu dikatakan seksi. Penilaian itu bagi Ririn biar hanya suaminya yang menilai.

Thursday, April 7, 2011

tampil simple, ririn dwi aryanti ketiban rezeki


Walau perlu persiapan untuk menghadiri sebuah acara, namun artis cantik Ririn Dwi Aryanti merasa tak perlu 'ngoyo'. Mengenakan busana bercorak emas hingga pangkal paha yang dipadu dengan kasut warna senada, isteri Aldi Bragi ini dilihat cantik dan anggun.

Maka tak hairan jika dia mendapat hadiah dari dua puluh undangan yang dinilai memakai busana cantik oleh Benten di bilangan Kemang, Jakarta Selatan, Selasa.

Menjadi salah satu orang yang beruntung memperoleh gelang cantik, nampaknya susah-susah mudah. Menurutnya, persiapan yang dikerjakan sendiri merupakan kunci utama.

Ditanya apakah dia selalu hadir di acara seperti ini, Ririn hanya tersenyum.

Wednesday, March 23, 2011

ririn dwi aryanti sedia ada anak


Beberapa lama tidak muncul di layar kaca, Ririn Dwi Aryanti muncul dengan berita bahagia. Saat ditemui di Dharmawangsa Square, Jakarta Selatan pada Sabtu lalu, Ririn, bersama suaminya, Aldi Bragi menyatakan kesediaannya untuk memiliki anak tahun ini.

Ririn mengaku tidak mengehadkan berapa jumlah anaknya nanti. Tapi Ririn dan Aldi juga tidak ingin memiliki terlalu banyak anak. Rancangannya, jika nanti sudah ada anak, Ririn ingin telaten mengurus anaknya, dan tidak ingin ketinggalan setiap moment.

Thursday, March 10, 2011

ririn dwi aryanti, 'quality time' tiap hari


Ririn Dwi Ariyanti mengaku larut dalam kebahagiaan yang sedang dirasakan oleh sahabatnya, Zaskia Sungkar, yang baru saja melangsungkan pernikahan dengan pujaan hatinya, Irwansyah.

Apalagi, resepsi pernikahan Zaskia dan Irwan yang diadakan hari Ahad lalu bertepatan dengan hari ulang tahun Irwan dan juga launching single mereka.

Dalam kesempatan itu, Ririn juga mengungkapkan betapa beliau dan keluarga barunya, Aldi Bragi serta Dira, buah cinta pernikahan Aldi dan Ikke Nurjannah.