it's about anything. too many to mention...
Sunday, August 17, 2014
Tuesday, June 12, 2012
Thursday, May 12, 2011
Wednesday, March 30, 2011
Tuesday, January 25, 2011
muzium australia bakal adakan pameran heath ledger
Oleh kerana karier gemilang yang harus berhenti tiba-tiba inilah, Western Australian Museum merancang memberi aktor ini penghormatan dengan mengadakan pameran Heath Ledger. Ayah Ledger sendiri dikhabarkan sedang sibuk mengelolakan keperluan pameran bersama muzium yang terletak di Perth, Australia ini, termasuk Piala Oscar yang diterimanya kerana wataknya sebagai Joker.
Selain Piala Oscar yang tak dapat diterimanya secara langsung kerana acara yang diadakan selepas kematiannya ini, juga akan dipamerkan buku harian yang disimpan Ledger selama dirinya membintangi THE DARK KNIGHT, kostum Joker yang pernah dikenakannya, lukisan diri Ledger oleh pelukis Melbourne bernama Vincent Fantauzzo. Dalam pameran ini juga akan diadakan pemutaran semua filemnya, termasuk THE BROKEBACK MOUNTAIN yang dibintanginya bersama Jake Gyllehaal, juga filem TWO HANDS.
Ayah Ledger juga menyatakan bahawa dirinya dan keluarga benar-benar bahagia dapat berkongsi kenangan dengan mendiang bersama semua orang yang tertarik, baik dari Australia mahupun luar negeri.
Labels: heath ledger, hiburan
Tuesday, November 23, 2010
tkp kematian heath ledger dilelong!
Kematian mendiang Heath Ledger menjadi sebuah tragedi yang menggemparkan bagi dunia filem Hollywood. Pelakon Joker dalam BATMAN: THE DARK KNIGHT ini ditemukan tewas over dose ubat doktor dalam apartment yang ditinggalinya sendirian.
Sejak kematiannya, apartment ini dianggap sebagai TKP dan tidak disentuh sejak aktor ini meninggal pada Januari 2008 silam. Namun, kali ini pemiliknya memutuskan untuk menjual property yang dulu pernah disewa Ledger sebanyak $23,000 sebulan ini.
Penjualan ini dilakukan secara lelong dan akhirnya dibeli dengan harga $5 juta awal bulan ini. Oleh pemilik barunya, apartment ini diubahsuai besar-besaran demi mencapai harga jual yang lebih tinggi.
Bangunan ini sendiri dibangun pada 1873 oleh seorang arkitek bernama Griffith Thomas. Ledger pernah menyewa apartment berkamar 3 di tingkat 4.Labels: heath ledger, hiburan
Tuesday, November 9, 2010
heath ledger mati kerana dibunuh?
Saat ini Randy Quaid dan isterinya memang sedang berada di Kanada untuk mencari suaka di sana. Alasan satu-satunya adalah kerana Randy yakin beliau jadi target pembunuhan dan merasa tak selamat selama masih berada di wilayah Amerika Syarikat. Bukan hanya yakin yang beliau sedang dikejar pembunuh, Randy bahkan menduga yang beberapa kematian yang terjadi, termasuk kematian Heath Ledger, adalah akibat dibunuh.
Labels: heath ledger, hiburan
Wednesday, July 14, 2010
heath 'joker' ledger tidak akan digantikan
Pelakon yang mati tragis di Januari 2008 kerana overdose ini menerima penghargaan Academy untuk sumbangannya setelah kematiannya. Nolan juga memberikan penghormatannya dengan mengistirahatkan watak yang dilakonkan Heath Ledger.
Labels: heath ledger, hiburan
Tuesday, May 18, 2010
nama heath ledger diabadikan sebagai biasiswa
menurut berita yang dikeluarkan splash news, biasiswa heath ledger ini diserahkan pada seorang pelakon baru bernama bella heathcote oleh collin farrell. seperti diketahui, collin farrell adalah salah seorang teman baik mendiang heath ledger yang juga pernah diberi kepercayaan menyambung watak heath dalam filem the imaginarium of doctor parnassus yang tak sempat beliau siapkan.

Labels: heath ledger, hiburan