it's about anything. too many to mention...

Showing posts with label nabila syakieb. Show all posts
Showing posts with label nabila syakieb. Show all posts

Sunday, December 17, 2017

Ditanya soal Ali dan Citra Kirana, ini reaksi Nabila Syakieb

Hubungan cinta para artis itu memang kadang buat tertanya-tanya para peminat. Apalagi para selebriti yang berlakon di sinetron-sinetron tayang setiap hari. Salah satu yang beberapa sempat jadi bahan pembicaraan adalah kisah cinta bintang sinetron Tukang Bubur Naik Haji, Citra Kirana. 

 Citra yang biasa disapa Ciki ini kembali dirumorkan menjalin hubungan dengan aktor Ali Syakieb. Ciki dan Ali memang pernah menjalin hubungan tapi sayangnya sempat berakhir. Namun di pertengahan tahun ini, mereka kembali dikhabarkan bercinta lagi. 

 Ali dan Ciki sering posting kebersamaan mereka di Instagram. Ali yang juga adik kepada aktres Nabila Syakieb ini juga pernah memuatnaik foto Ciki dan memberinya caption emoticon heart. Sayangnya sampai sekarang baik Ciki mahupun Ali belum mahu memberikan pengesahan. 

 Gara-gara belum ada kepastian itulah media cuba menanyakan hubungan cinta Ali kepada kakaknya, Nabila. Wanita cantik yang sedang hamil ini pun langsung tertawa saat disinggung soal Ali dan Ciki. 

 Sama seperti adiknya, Nabila tampak enggan memberikan keterangan lebih lanjut tentang urusan peribadi Ali. Hanya saja saat ditanya apakah merestui jika Ali dan Ciki berbalik, Nabila mengembalikan semuanya kepada adiknya.

Dijangkakan bersalin bulan Februari, Nabila Syakieb ingin bersalin normal

Dua tahun membina bahtera rumah tangga bersama Reshwara Argya Ardinal, pelakon drama Nabila Syakieb sesaat lagi akan melahirkan anak pertamanya. Menurut perkiraan doktor, Nabila akan melakukan proses persalinan di bulan Februari akan datang. Diakui olehnya, apabila berjalan lancar, beliau ingin melahirkan secara normal. 

 Selama menjalani proses kehamilan, Nabila bersyukur kerana tidak mengalami masalah apa pun. Bahkan, dia menuturkan kalau selama ini beliau tidak mengalami mengidam. 

 Pun begitu, beliau juga menjaga kesihatannya selama hamil. Tak ingin jatuh sakit, beliau tak ingin terlalu letih beraktiviti. Oleh kerananya, Nabila tidak ingin mengambil job selama menjalani proses kehamilan. 

 Tak hanya itu, kerana perutnya yang semakin membesar, Nabila juga membatasi aktiviti percutian, terlebih saat tahun baru nanti. Lebih intim dengan keluarga, beliau akan menghabiskan acara tahun barunya di rumah.

Ditanya jantina bakal buah hati, Nabila Syakieb : insyaAllah perempuan


Kebahagiaan tengah hadir di tengah-tengah keluarga artis cantik Nabila Syakieb. Tak akan lama lagi wanita berusia 32 tahun tersebut bakal mendapatkan anak pertama. Berbagai persiapan pun dilakukan Nabila dan juga suaminya Reshwara Radinal. 

 Meski sebentar lagi bakal jadi ibu, Nabila Syakieb tak secara khusus belajar cara menggendong anak. Apalagi kemungkinan besar dirinya nanti bakal ditemani ibunya setelah melahirkan. Selain itu Nabila juga tidak pelit mengungkap hasil USG yang dilakukan. 

 Nabila cukup excited menunggu-nunggu kehadiran buah hatinya. Namun untuk urusan nama, Nabila dan keluarganya belum menemui yang benar-benar sesuai untuk si kecil.

Saturday, November 25, 2017

Nabila Syakieb ternyata sudah gemar berkuda sejak masih SMP


Ada kalanya artis cantik Nabila Syakieb memposting aktivitinya ketika tengah berkuda. Kecintannya terhadap olahraga tersebut rupanya sudah berlangsung lama sejak masih kanak-kanak. Hingga saat ini Nabila tetap mempertahankan kecintaannya terhadap olahraga berkuda.

 Nabila Syakieb bahkan telah menikah dengan seorang atlet berkuda bernama Reshwara Radinal. Suaminya bukan orang biasa, melainkan anak kepada seorang pemilik area berkuda yang cukup besar di Jakarta Selatan dan Depok.

 Namun sayangnya selama hamil Nabila Syakieb tak dapat menjalani aktiviti menunggang kuda dengan seenaknya. Kerana itu kuda kesayangannya yang bernama Baluri biasanya lebih banyak dinaiki oleh suaminya. Di sisi lain, Nabila Syakieb lebih banyak beraktiviti sebagai suri rumahtangga. 

 Saat ditemui, Nabila Syakieb tengan melaunching aplikasi dan juga website djiugo. Namun rupanya beliau tidak mengurusi secara langsung syarikay itu melainkan mensupport suaminya.

Monday, March 23, 2015

Sudah ada kekasih, Nabila Syakieb ingin segera menikah


Artis cantik Nabila Syakieb tampak hadir dalam acara 7 bulan kandungan sahabatnya, Sarwendah - Ruben Onsu. Tidak seperti tamu lain yang bersama pasangan, Nabila justeru dilihat bersendirian.

Hal ini tentu menyebabkan rasa ingin tahu apakah beliau sebenarnya sudah ada kekasih atau belum? Ketika ditanya soal kekasih, seperti ini pengakuan bintang kelahiran 18 November 1985 itu.

Ketika ditanya lebih lanjut siapa identiti kekasihnya, Nabila tidak mahu banyak bercerita. Artis berdarag Arab itu hanya mengatakan yang kekasihnya bukan dari kalangan selebriti, dan pasangan ini sudah saling kenal orang tua masing-masing.

Lama tidak tampil di layar kaca, kini Nabila ternyata mulai aktif kembali di dunia hiburan. Selain berbicara tentang kekasih, alumni Gadis Sampul ini sedang menyiapkan drama terbarunya.

Wednesday, February 11, 2015

Populariti meredup Nabila Syakieb dikhabarkan menikah, benarkah?


Lama tak terdengar khabar beritanya, artis cantik Nabila Syakieb dikhabarkan telah mengakhiri masa solonya. Terlebih kebelakangan ini namanya di dunia hiburan Indonesia mulai meredup, hal itu menguatkan yang kini Nabila lebih fokus untuk mengurus rumah.

Kencang berita berhembus Nabila telah menikah dengan seorang usahawan. Tapi saat berita tersebut disahkan langsung kepada wanita kelahiran Bogor, Jawa Barat, 18 November 1985 ini membantah keras.

Dirinya lebih tertarik membicarakan berlian yang dikumpulnya. Untuk menambah kecantikannya, bintang filem The Real Pocong ini. selain mekap, perhiasan menjadi salah satu pilihan untuk menambah rasa yakin.


Monday, March 3, 2014

Nabila Syakieb akui memilih pilih cerita drama


Wajah aktres Nabila Syakieb kebelakangan mulai jarang terlihat di layar kaca. Sekitar dua tahun, dia vakum dari dunia drama. Dia mengaku selektif memilih pekerjaan. 

 Setelah dua tahun vakum dari dunia drama, Nabila telah bersiap dengan drama terbarunya. Dengan hadirnya dirinya melalui drama terbarunya nanti, Nabila berharap drama akan tetap diterima masyarakat.

Tuesday, May 31, 2011

nabila syakieb kerap tunggang kuda sejak kecil


Kuda bagi artis Nabila Syakieb bukan haiwan yang asing lagi. Ini kerana binatang berkaki empat yang mempunyai tenaga disamakan dengan kekuatan kenderaan ini, sudah akrab sejak kecil. Sehingga tak hairan bila kuda menjadi tunggangannya sampai sekarang. Begitu akunya, melalui rilis yang dibahagikan di FX Plasa, Jakarta, Ahad lalu.

Diakui menunggangi kuda serasi pada awalnya sukar. Namun dengan latihan yang terus menerus dan mengenal lebih jauh kuda yang ditunggangi, bagi gadis kelahiran 1985 ini menyukai olahraga kuda serasi menjadi menyenangkan.

Thursday, September 23, 2010

nabila syakieb belum sedia zahir dan batin pakai hijab


Dalam drama MERTUA DAN MENANTU, Nabila Syakeib berlakon sebagai Aisyah, seorang remaja yang mengenakan jilbab yang terpisah selama 20 tahun oleh kakaknya Kirani yang dilakonkan oleh Carissa Putri. Menurut Nabila ini merupakan drama pertamanya pakai jilbab.

Ketika mendapatkan watak berjilbab Nabila tidak merasakan ada beban tersendiri. Dia berfikiran masyarakat pasti tahu bahawa ini hanya watak saja.

Nabila Syakieb yang kala itu mengenakan jilbab tampak lebih cantik mengaku masih belum sedia untuk terus memakai jilbab di kehidupan sehari-harinya. Dia masih mengeluh gerah apabila kepanasan.

Pelakon filem
REAL POCONG ini juga mendapatkan respon baik dari keluarga serta teman-temanya.

Wednesday, September 22, 2010

bosan protagonis, nabila syakieb ingin watak antagonis


Bila artis lain ingin mendapat watak protagonis, lain lagi dengan Nabila Syakieb. Artis kelahiran Bogor, 18 November 1985 ini malah menginginkan watak antagonis. Nabila mengatakan bahawa dirinya merasa bosan ketika mendapat watak protagonis.

Peminat makanan bakso ini mengatakan bahawa selama ini belum ada tawaran sebagai antagonis. Nabila Syakieb mengatakan apabila ada peluang dia ingin mencuba.

Namun artis yang mempunyai prinsip untuk tidak berciuman atau berpelukan dengan pasangannya ini takut nanti akan susah untuk beradaptasi kerana watak protagonis yang sudah melekat di dirinya. Meskipun begitu Nabila cukup menikmati ketika berlakon protagonis.