it's about anything. too many to mention...

Showing posts with label nana mirdad. Show all posts
Showing posts with label nana mirdad. Show all posts

Wednesday, April 1, 2015

Meski sudah ada dua anak, paha Nana Mirdad tetap kecil dan seksi

Menikah dengan Andrew White, nampaknya kehidupan Nana Mirdad makin bahagia saja. Hal itu lantaran beliau dan suami tercinta sudah dikurniakan dua orang anak yang super lucu dan menggemaskan, Jason Deandra dan Sarah Deana White. 

 Tapi siapa sangka, meski sudah pernah dua kali melahirkan, bentuk tubuh anak pertama pasangan Jamal Mirdad dan Lydia Kandou masih saja langsing. Hal itu terlihat dari sebuah foto di akaun Instagram yang dimuatnaiknya beberapa waktu lalu. 

 Dalam potret itu, terlihat Nana sedang duduk di sofa berwarna coklat. Beliau mengenakan tanktop berwarna merah yang beliau padukan hot pants super mini berbahan denim. 

Dengan menggunakan setelan itu, tentu saja mengekspos bentuk tubuhnya yang aduhai. Tak hairan ya, kalau semakin hari Andrew makin terpesona dengan penampilan pelakon ALL I WANT FOR CHRISTMAS IS YOU ini. 

 Ternyata, Nana memang suka menjaga bentuk badannya agar tetap ideal. Tak segan beliau berolahraga demi mendapatkan tubuh seksi bak supermodel. Hal itu juga terlihat dari caption yang sempat dibubuhkan oleh Nana.

Saturday, August 11, 2012

Nana Mirdad ajar anak disiplin sejak awal


Mendidik anak tentunya adalah tanggungjawab orang tua. Begitu juga yang selalu dilakukan oleh pasangan Andrew White dan Nana Mirdad. Satu faktor penting bagi mereka adalah menerapkan disiplin sejak awal pada anak.

Namun kadang-kadang sebagai ibu, Nana Mirdad kadang-kadang tidak tegar ketika melihat anak-anaknya diajar berdisiplin.

Soal pendidikan pun bagi Nana menjadi hal penting, sebelum nantinya anak memilih seperti mengikut jejak kedua-dua orang tuanya di dunia hiburan atau tidak.

Nana Mirdad ulang-alik Jakarta - Bali

Setelah berkahwin dengan Andrew White, Nana Mirdad menetap di Pulau Dewata, Bali. Sementara pekerjaannya di dunia hiburan menuntutnya selalu ada di Jakarta. Akibatnya, ibu dua anak ini harus ulang-alik dari Jakarta ke Bali.

Namun suaminya tidak keberatan dengan akitivitinya. Sejak berkahwin Andrew tidak pernah menghalang urusan pekerjaan.

Andrew juga mengakui Nana sebagai seorang suami sekaligus bapa yang bijaksana. Saat dirinya tidak dapat mengurus anak kerana kesibukan, dia menggantikan. Bahkan ketika rindu dengan anak-anak, terbang dari Bali ke Jakarta.



Tuesday, July 31, 2012

Nana Mirdad kembali berlakon di drama

Sejak menikah dengan aktor Andrew White pada 13 Mei 2006, nama Nana Mirdad tidak lagi muncul di dunia hiburan. Kini, anak sulung pasangan Lydia Kandou dan Jamal Mirdad itu akan kembali terjun ke dunia lakonan. Dia merasa sudah terlalu lama sepi dari dunia lakonan.

Untuk kembali berlakon, Nana tidak merasa kesukaran. Dia hanya cukup menyesuaikan jadualnya saja.

Keputusannya untuk kembali ke dunia drama memang harus difikirkan matang-matang, ini kerana, Nana dan Andrew kini tinggal di Bali, sementara drama banyak diproduksi di Jakarta.

Nana harus tinggal di Jakarta meninggalkan suaminya, Andrew White dan anak pertamanya Jason Deandra White di Bali. Meski begitu, suaminya sangat menyokong keputusannya itu.

Nana Mirdad bahagia ada jaguh dan bidadari

Lengkap sudah kebahagiaan rumah tangga pasangan selebriti, Nana Mirdad dan Andrew White. Setelah lahir Jason Deandra White, kedua-duanya pun dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Sarah Deandra White yang baru berumur 8 bulan.

Akan tetapi keputusan Nana untuk kembali aktif di dunia drama memaksa beliau berpisah dengan Jason dan Andrew yang menetap di Bali. Sebuah kompromi pun dilakukan. Sarah tinggal bersama ibunya, sementara Jason yang lebih besar rela ulang-alik Jakarta - Bali.

Ada perbezaan yang dirasakan Nana ketika mengasuh anak keduanya itu. Terbiasa mengasuh Jason, anak sulung pasangan Jamal Mirdad dan Lydia Kandau itu tidak terbiasa mengasuh anak perempuan.


Monday, November 1, 2010

nana mirdad tak mahu terburu2 tambah anak


Di tengah kesibukannya berkarier, Nana Mirdad dan Andrew White masih terfikir untuk menambah anak. Walau awalnya Nana mengaku berusaha untuk menunda kehamilan kedua, namun kemudian kakak kandung Naysila Mirdad ini mengaku pasrah jika ternyata Tuhan berkehendak lain.

Sementara,
Nana menjelaskan selama ini anak pertamanya yang kini telah berusia 4 tahun bersama suami tinggal di Bali. Dan jika dirinya memiliki anak lagi, Nana bertekad akan tetap meletakkan keluarga di atas segalanya.

Tuesday, July 6, 2010

kepala anak digigit anjing, nana mirdad trauma


Artis cantik Nana Mirdad trauma jika harus berhadapan dengan haiwan anjing. Ini kerana, dirinya pernah ada pengalaman buruk ketika mendapati kepala anaknya digigit anjing jenis Rottweiler. Akibat parahnya, anaknya, Jason, juga harus mendapat 24 jahitan di kepalanya.

Saat ini, Jason dan suami Nana, Andrew White, tinggal di Bali bersama mertuanya. Hal ini juga membuat Nana harus ulang alik Jakarta - Bali untuk menemui suami dan anaknya.


nana mirdad nafi bersaing dengan naysila


Artis Nana Mirdad memutuskan untuk kembali lakon drama setelah hampir setahun menganggur. Dirinya juga menolak jika dikatakan bakal menyaingi adiknya, Naysila Mirdad, yang lebih banyak dikenali umum.

Dalam drama terbarunya yang berjudul BUMI DAN LANGIT ini, Nana memang berlakon hanya sebagai seorang isteri biasa. Ini berbeza sekali dengan watak2 yang dilakonkan oleh adiknya, Naysila, yang selalu menjadi orang yang ditindas.


nana mirdad kembali ke drama


Artis cantik Nana Mirdad kembali berlakon drama setelah sekian lama sepi selepas mempunyai anak. Kakak kandung artis Naysila Mirdad ini kembali membawakan watak dalam drama Bumi Dan Langit terbitan MD Entertainment.

Walau lama tak berlakon ternyata tak membuat anak pasangan artis Lidya Kandou dan Jamal Mirdad ini kekok. Nana bahkan mengaku lebih tercabar untuk berlakon lebih baik daripada biasa.