it's about anything. too many to mention...

Showing posts with label alex komang. Show all posts
Showing posts with label alex komang. Show all posts

Sunday, February 15, 2015

Dominique Diyose terpukul atas pemergian Alex Komang

Pemergian Alex Komang yang begitu cepat meninggalkan duka yang sangat dalam bagi keluarga dan kawan-kawan sesama pekerja seni. Aktor legenda ini meninggal di usia 54 tahun, umur yang tergolong masih cukup muda, kerana penyakit kanser hati yang menjalar di tubuhnya. Beliau menutup mata di Rumah Sakit Karyadi, Semarang. 

Kelmarin siang, sahabatnya, Dewi Irawan memuatnaik sebuah foto di akaun Twitternya. Mengejutkan, keadaan Ketua Badan Perfileman Indonesia period 2014-2017 ini sedang kritikal. Dewi meminta doa kepada seluruh kawan-kawannya untuk kesembuhan Alex.

Sayangnya, Tuhan mengambilnya begitu cepat. Alex berpulang Jumaat malam. Ungkapan duka terus mengalir dari sahabat, seperti sutradara Hanung Bramantyo.

Salah satu aktres dan model Indonesia, Dominique Agica Diyose atau yang mesra disapa Domi, juga sangat merasa kehilangan atas pemergian peraih Aktor Pendukung Pria Terbaik dalam Festival Filem Bandung 2013 ini. Domi menulis beberapa tweet tentang nasihat-nasihat yang pernah diberikan Alex kepadanya.


Ungkapan dukacita insan perfileman bagi almarhum Alex Komang

Pemergian aktor ini peraih Aktor Pendukung Pria Terbaik dalam Festival Filem Bandung 2013 ini meninggalkan duka yang mendalam bagi rakannya sesama insan perfileman Indonesia. Alex yang begitu rendah hati tak dilupakan begitu saja oleh para rakan almarhum.

Dewi Irawan, yang kelmarin menunggu almarhum di hospital. Karyadi Semarang, adalah aktres yang sangat terpukul atas pemergian sahabat ini. Beliau memuatnaik beberapa foto dari set filem 9 Summers 10 Autumns di mana Alex Komang berlakon sebagai Pak Hasyim. Kakak kandung Ria Irawan ini juga memuatnaik foto dirinya bersama Alex saat menghadiri sebuah acara.

Selain Dewi, pengarah Nia Dinata yang pernah bekerjasama dengan beliau di filem Ca Bau Kan juga merasa kehilangan.

Rahayu Saraswati, yang menjadi produser filem Gunung Emas Almayer, filem terakhir Alex Komang yang dirilis November tahun lalu, merasa sangat beruntung dapat bekerjasama dengannya.

Dinda Hauw, aktres yang berlakon menjadi anak Alex Komang dalam filem Surat Kecil Untuk Tuhan, juga tak kalah sedih.


Monday, July 4, 2011

cerita alex komang di 'surat kecil untuk Tuhan'


Salah satu aktor watak Indonesia, Alex Komang, kembali lagi menunjukkan kemampuan lakonannya melalui filem yang diangkat dari kisah nyata, SURAT KECIL UNTUK TUHAN.

Saat dijumpai selepas press screeening film di Soho, Cilandak Town Square, Khamis lalu pelakon yang pernah menjadi Ayah Lintang di filem LASKAR PELANGI ini diberi watak sebagai Pak Jody. Seorang Ayah beranak tiga, yang salah satu anaknya menderita penyakit rhabdomyosarcoma.

Filem yang diangkat dari kisah nyata milik gadis remaja bernama Gitta Sessa Wanda Cantika ini diarahkan oleh Harris Nizam. Bagi seorang Alex Komang, watak sebagai Pak Jody bukanlah hal yang mudah.

Alex juga menambah kerana cerita dan watak di filem ini nyata, dia tidak berusaha menirunya. Yang penting bagaimana boleh memahami fikiran-fikiran watak tersebut.