it's about anything. too many to mention...

Showing posts with label rio reifan. Show all posts
Showing posts with label rio reifan. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

rio reifan tak boleh lepas dari raket badminton


Olahraga badminton sudah menjadi pilihan hati aktor Rio Reifan sejak kecil. Lelaki kelahiran jakarta 25 Februari 1985 ini, mengaku sangat seronok dapat bermain badminton. Sampai saat ini, walaupun dirinya tidak menjadi atlet badminton, namun Rio tidak boleh lepas dari raket badminton yang selalu dibawanya di dalam kereta.

Lebih lanjut, Rio menuturkan, dulu dirinya pernah bertemu dengan pemain badminton Joko Supriyanto dalam sebuah perlawanan. Rio juga sangat tertarik untuk mengharumkan nama bangsa dan negara melalui olahraga badminton. Namun kalau saat ini baru terjun beliau merasa sudah lewat.

rio reifan uruskan pemain badminton tommy sugiarto


Persahabatan aktor Rio Reifan dan pemain badminton Tommy Sugiarto semakin erat, setelah ayahanda Tommy, Icuk Sugiarto meminta bintang drama BIG IS BEAUTIFUL tersebut menjadi pengurus Tommy untuk kejuaraan perlawanan peringkat ASEAN.

Menurut Icuk, Rio adalah seorang yang tepat untuk menemani anaknya bertanding di peringkat ASEAN, kerana Rio juga memiliki bakat dan minat pada olahraga badminton.

Menjelaskan hal tersebut, Rio mengaku siap menyokong Juara Taiwan Open 2011 itu.

Diuruskan oleh seorang selebriti, Tommy sendiri merasa tak perlu khuatir jika kemudian menjadi incaran wartawan2 media hiburan. Ini kerana, saat ini atlet dan artis seakan tidak jauh berbeza kerana sama-sama public figure. Malahan pemain badminton kelahiran Jakarta, 31 Mei 1988 satu ini justeru akan mengambil sisi positifnya menjadi buruan wartawan infotainment.

Tuesday, September 20, 2011

anak icuk sugiarto tak terima bantuan kerajaan?


Mengharumkan nama bangsa tak harus menunggu bantuan kerajaan. Hal tersebut terjadi pada pemain badminton, Tomi Sugiarto yang merupakan anak ke-2 dari pemain badminton nasional, Icuk Sugiarto. Tomi berjaya menjuarai perlawanan Taiwan Open meski dengan kemudahan yang sangat minimum.

Bahkan demi mewujudkannya, Tomi harus berjuang sendiri di 14 perlawanan yang tersisa sampai 30 April 2012. Tomi berpendapat, bahawa terbuka peluang baginya untuk memperbaiki peringkat 18 besar dunianya.

Sementara itu, sahabat Tomi, selebriti Rio Reifan mengaku sangat miris melihat keadaan Tomi yang berjuang sendiri.