it's about anything. too many to mention...

Showing posts with label guns n roses. Show all posts
Showing posts with label guns n roses. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

rock of ages





Monday, January 16, 2012

guns n roses utamakan album baru


Berita gembira untuk peminat Guns N Roses, Axl Rose dan kawan-kawan dikhabarkan sedang mengutamakan untuk mengerjakan album ketujuhnya. Konon album tersebut sudah mulai dikerjakan selepas menyelesaikan tour panjang mereka akhir 2011 lalu.

Menurut NME, baik Axl Rose dan gitarisnya, DJ Ashba saat ini memang sedang sibuk menggarap album ke tujuhnya. Bahkan Ashba telah memiliki gambaran tentang jumlah track yang akan mereka rakam.

Sayangnya Ashba enggan mengutarakan kepastian tentang bila album tersebut bakal dirilis. Ashba beralasan bahawa dia tidak ingin memberi harapan atau janji palsu pada peminat2nya.

Monday, December 6, 2010

guns n roses buat resah warga australia


Lagi-lagi Guns N Roses terlibat masalah. Kali ini, kerana kelakuan mereka, band yang dibentuk di Hollywood ini diprotes sejumlah warga Australia. Ini kerana, mereka datang lambat dan konsert terpaksa harus berakhir lebih larut dan membuat warga di sekitar lokasi konsert merasa terganggu. Khabarnya penduduk setempat bermaksud menegur pihak penyelenggara konsert itu.

Untungnya hanya itu yang jadi keluhan warga setempat. Selebihnya, konsert ini dianggap cukup sukses dari segi penyelenggaraan.


Ini memang bukan pertama kalinya
Guns N Roses membuat onar. Konsert mereka juga pernah dihentikan kerana melanggar jam malam yang dilakukan di England, saat mereka menjadi salah satu pengisi acara Reading and Leeds Music Festival. Beberapa hari kemudian mereka juga pernah dilempar botol kerana konsert yang mereka adakan di Dublin terlambat sekitar satu jam.