it's about anything. too many to mention...

Showing posts with label linkin park. Show all posts
Showing posts with label linkin park. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

album baru linkin park terpengaruh 'the raid'


A THOUSAND SUNS memang baru dilansir tahun 2010 lalu namun Linkin Park nampaknya sudah menyiapkan material untuk album baru mereka nanti. Sambil mengumpulkan material, Mike Shinoda juga disibukkan projek soundtrack filem Indonesia berjudul THE RAID. Ada kemungkinan sound dalam lagu ini bakal berpengaruh pada album Linkin Park selanjutnya.

Thursday, October 6, 2011

vokalis linkin park dibedah, konsert batal


Seharusnya, Linkin Park dijadualkan menutup tour panjang 'A Thousand Suns' di Florida tarikh 16 Oktober nanti. Sayangnya, keadaan kesihatan Chester Bennington nampaknya tak memungkinkan. Terpaksa peminat2 yang sudah berharap melihat Chester dan kawan-kawan harus sedikit kecewa.

Seperti diberitakan Contact Music, Chester Bennington harus menjalani pembedahan bahu dan tak mungkin beliau dapat tampil di DeLuna Fest di Florida, 16 Oktober nanti. Ini bukan kejadian mendadak. Chester Bennington sebenarnya sudah menahan sakit cukup lama. Chester sempat menunda rawatan kerana tournya di Asia yang belum tuntas. Kini nampaknya doktor sudah tak mahu memberi kelonggaran lagi pada vokalis bersuara lantang ini.

Friday, September 30, 2011

linkin park kunjungi mangsa tsunami jepun


Di sela kesibukan mereka mengadakan tour promo album A THOUSAND SUNS, anggota2 Linkin Park masih menyempatkan diri untuk mengunjungi beberapa sekolah yang jadi mangsa tsunami bulan Mac lalu. Bukan cuma melihat-lihat, mereka juga ikut menghadiri workshop muzik yang diselenggarakan di salah satu sekolah di sana.

Setelah Korean, Linkin Park memang dijadualkan mengadakan konsert di beberapa kota di Jepun termasuk Chiba, Yokohama, Nagoya, dan Osaka. Saat berada di Jepun inilah Chester Bennington, Mike Shinoda, dan Dave Farrell mengunjungi Sekolah Dasar Taizen sekaligus mencuba khemah pelindung yang mereka sumbangkan untuk melindungi murid-murid dari debu yang jatuh bila ada gempa lagi.

Menurut Contact Music, tiga dari enam anggota band nu metal asal California ini juga sempat mengunjungi SMA Ishinomaki Kita dan bergabung dengan mereka yang ada di workshop musik di sana.

Thursday, September 15, 2011

linkin park tak mahu ada 'opening act'


Pihak Big Daddy selaku penyelenggara dua konsert di Jakarta yang akan berlangsung 20 dan 21 September mengungkapkan bahawa rancangan konsert Linkin Park mahupun tiga group internasional lainnya, sudah diatur jauh hari.

Konsert bertajuk Linkin Park Live Concert A Thousands Sun: World Tour 2011 akan diadakan 21 September, sementara konsert tiga group rock Bad Religion, Yellowcard dan Panic at the Disco akan diadakan sehari sebelumnya.

Sunday, March 20, 2011

happy birthday to...





Wednesday, March 16, 2011

linkin park jual t shirt demi charity


Salah seorang anggota dari band rock Linkin Park, Mike Shinoda beberapa waktu lalu membuat dua t shirt macam untuk tujuan charity. Hasil dari penjualan t shirt ini bakal didermakan untuk mangsa dari gempa Tohoku Pacific Ocean.

Seperti dilansir Tokyohive.com, pada 11 lalu, Mike bertanya kepada followernya di twitter tentang mana dari dua t shirt tersebut yang mereka inginkan untuk dipakai demi mangsa2 yang selamat dari tsunami.

Namun ternyata, kedua2 t shirt tersebut mendapat respond yang sangat bagus, jadi Mike merancang menjual kedua2nya. T shirt yang pertama adalah t shirt dengan gambar kupu-kupu origami, dan yang kedua berisi tulisan Not Alone, dengan layer gambar bendera Jepun.

Demikian Mike dan anggota Linkin Park yang lain bakal menggalang dana melalui organisasi charity mereka iaitu Music for Relief.

Thursday, February 24, 2011

linkin park cipta ledakan di video klip baru


Kalau band-band atau pemuzik lain hanya boleh memunculkan kiasan 'membuat ledakan' dengan lagu mereka, lain halnya dengan Linkin Park. Band satu ini benar-benar membuat ledakan dengan video klip teranyar mereka!

Untuk lagu Burning in the Skies, Linkin Park memilih konsep ledakan besar. Tak hanya itu, dalam klip ini, reaksi orang-orang sebelum ledakan terjadi pun boleh diintip. Beberapa pemuda dilihat menghabiskannya dengan berpesta semacam suntuk, sementara seorang lelaki separuh umur justeru bersedih dengan kematian orang-orang yang dicintainya, di antara banyak adegan lain.

Burning in the Skies adalah single ketiga yang diambil dari album Linkin Park di tahun 2010, berjudul A Thousand Suns. Sebagai pengarah, band yang dianggotai Chester Bennington dan kawan-kawan ini masih percaya pada DJ Joe Hahn, DJ LP ini.

Band ini sekarang masih dalam tour di Amerika Utara untuk mempromosikan album mereka. Mereka juga menggunakan konsert ini untuk mengumpulkan dana dari tiket yang dibeli peminat. Dana ini akan disalurkan kepada Music for Relief yang berjuang untuk menolong mangsa2 bencana alam dan menyebarkan kewaspadaan tentang isu-isu seperti pemanasan global.

Monday, February 21, 2011

linkin park siap mula jelajah lagi!

Akhirnya, peminat2 Linkin Park boleh berlega hati kerana mereka tak perlu khuatir atau menunggu lama untuk melihat penampilan band ini di atas pentas. Ini kerana Linkin Park sudah memutuskan untuk kembali ke tour yang pernah mereka hentikan!

Beberapa saat yang lalu, Linkin Park pernah menghentikan tour mereka kerana sakit yang dideritai Chester Bennington, vokalisnya. Dua konsert mereka di Texas juga pernah dibatalkan demi memberi kesempatan pada Chester untuk beristirehat. Bernasib sama, konsert di Dallas dan Houston juga ditunda.

Namun, setelah yakin sembuh dari sakitnya, Chester dan kawan-kawan pun siap menggebrak pentas dan membuat peminat2nya menjerit histeria.

Konsert lanjutan ini diadakan Sabtu lalu, dan Linkin Park pun tak sendiri di atas pentas. Mereka mengundang band asal England, The Prodigy, bersama mereka.