it's about anything. too many to mention...

Showing posts with label michael cera. Show all posts
Showing posts with label michael cera. Show all posts

Saturday, June 2, 2012

Top shots of the week


Wednesday, June 8, 2011

celeb birthdays : june 7

Monday, November 15, 2010

michael cera jadi rapper?


Michael Cera, bintang SUPERBAD, kini menambah kerjaya 'rapper' dalam resumenya. Ini kerana, Cera bergabung dengan Too $hort di atas pentas saat tampil di pertunjukan bintang hip hop di Los Angeles.

Aktor jangkung ini mengungkapkan yang dirinya diundang untuk muncul di atas pentas oleh kawannya, Clark Duke, dalam konsert Key Club Too $hort, Oktober lalu setelah rapper ini mengetahui kedua2nya adalah peminat setia lagunya, 2 Bitches.

Namun Cera sendiri hampir melepaskan peluang untuk show bersama idolanya itu setelah mengalami malam yang mengerikan saat akan pergi ke kelab tersebut. Telepon bimbitnya ketinggalan di teksi! Untung akhirnya Cera boleh mendapatkan kembali telefonnya setelah dia berlarian mengejar teksi tersebut, namun hal itu membuatnya harus melaju ke konsert Too $hort dengan amat cepat.

Monday, August 23, 2010

michael cera berniat gabung di sekuel 'expendables'


SCOTT PILGRIM VS. THE WORLD memang harus menyerah kalah pada tentera bayaran EXPENDABLES di box office. Kekalahan ini membuat bintang SCOTT PILGRIM ingin bergabung dengan tentera bayaran ini di sekuelnya akan datang.

Michael Cera pelakon Scott Pilgrim mengaku dia ingin ambil bahagian di filem action ini di sekuelnya nanti. Dan siap membombardir Sylvester Stallone untuk mengajaknya bergabung. Cera melakonkan seorang lelaki muda yang berusaha keras melawan tujuh lelaki jahat demi mendapatkan wanita yang dicintainya. Tentunya untuk adegan-adegan perkelahian dia juga mempersiapkan diri. Cera mengaku sempat menjalani latihan intensif.

Wednesday, August 18, 2010

penggambaran 'sott pilgrim', michael cera diekori pemabuk


Michael Cera mungkin lebih banyak dikenali di siri TV. Pelakon muda ini sekarang kembali ke layar lebar melalui wataknya di SCOTT PILGRIM VS THE WORLD. Filem baru arahan pengarah Edgar Wright tersebut banyak jadi perbincangan baru-baru ini. Terlepas dari daya tarik filem ini, ada satu kisah yang dialami Cera saat berada di lokasi penggambaran. Pelakon ini harus berlari-lari untuk menghindari perkelahian yang sesungguhnya saat penggambaran filem.

Penggambaran filem SCOTT PILGRIM VS THE WORLD berlokasi di Toronto tahun lalu. Di filem baru ini Cera melakonkan pemuzik berusia 22 tahun yang harus melawan tujuh lelaki jahat, bekas kekasih kepada kekasih barunya. Namun dalam kenyataannya, Cera bukanlah lelaki berani yang sedia melawan si jahat. Sewaktu penggambaran, Cera mengalami kejadian lucu. Pelakon ini bertemu dua orang pemabuk yang mengikutinya hingga ke hotel di mana dia tinggal. Berbeza dengan Scott Pilgrim yang melawan si jahat, Cera malah lari masuk biliknya.

SCOTT PILGRIM VS. THE WORLD adalah filem arahan pengarah Inggris Edgar Wright. Filem adaptasi komik ini dibintangi Michael Cera, Mary Elizabeth Winstead, Kieran Culkin, Chris Evans, Anna Kendrick, dan Brandon Routh. Sebelum ini SCOTT PILGRIM jadi bahan perbincangan di laman web. Namun sayang nasib filem ini tak begitu bagus di box office dengan hanya berada di posisi 5 dan mengaut US$10,5 juta di minggu pertama penayangannya. Posisi pertama box office minggu ini dikuasai tentara bayaran di film THE EXPENDABLES.