skip to main |
skip to sidebar
agaknya bruce willis tak hanya membeli sebahagian saham dari belvedere SA namun beliau juga terpilih menjadi bintang iklan untuk mempromosikan produk vodka buatan belvedere SA. ada bebeapa iklan yang sudah tersebar online dan kebanyakan dibuat dengan lawak2 ala bruce willis. dalam salah satu iklan yang tersebar bruce malah mempersendakan dirinya sendiri.
dalam berita yang sama juga dinyatakan yang chester brandes, presiden sekaligus chief executive dari imperial brands yang menjadi distributor produk vodka ini sengaja memilih bruce sebagai bintang iklan kerana pelakon ini ada gaya khas, disukai ramai orang, bukan seorang yang sombong dan lebih2 lagi bruce nampaknya juga suka vodka.

bruce willis kini harus berhadapan dengan masalah undang2. pelakon ini beberapa waktu lalu diduga membeli sebidang karpet dari mansour, kedai terbaik di LA. karpet ini dikembalikan ke kedainya dengan kesan anggur. dan kedai ini mengajukan tuntutan ganti rugi lantaran bintang die hard ini menolak membayarnya.
menurut surat gugatan yang dilayangkan di mahkamah LA, syarikat karpet ini mengirimkan karpet yang telah didiskaun 10% ke rumah pelakon ini pada disember lalu dengan keadaan sempurna. enam minggu kemudian, willis memutuskan mengembalikan barang ini, walaupun dia belum membayarnya. staff dari mansour yang mengambil barang ini menemui karpet ini tertumpah wain merah.
peguam willis, marty singer mengatakan yang tuntutan ini menggelikan. namun dalam dokumen gugatan undang2 ini, pihak willis menegaskan yang tiada seorang pun di rumahnya yang membuat karpet itu cacat, pihak syarikat juga menegaskan yang mereka mengirimkan barang dalam keadaan sempurna tanpa cacat.

bruce willis memang layak disebut sebagai lelaki dengan sejuta bakat. walau lebih dikenali sebagai pelakon namun bruce juga ada banyak bakat termasuk bermain muzik, menulis dan berniaga. setelah membuka sekian banyak perniagaan, kali ini diberitakan yang bruce baru saja menandatangani kontrak untuk mengeluarkan produk minyak wangi.
perniagaan memang bukan barang baru buat bruce willis. sampai saat ini beliau dicatat ada banyak bidang perniagaan yang masih beliau ceburi. selain mendirikan sebuah syarikat produksi filem bernama cheyenne enterprises, bruce tercatat memiliki beberapa perniagaan kecil termasuh sebuah bar dan teater. beliau juga ada saham di planet hollywood dan sebuah syarikat vodka bernama belvedere sa.
dalam sebuah berita yang dikeluarkan splash news dinyatakan yang bruce willis baru saja mengikat kontrak dengan sebuah syarikat kosmetik jerman bernama lr health & beauty systems untuk mengeluarkan produk minyak wangi. khabarnya minyak wangi ini akan dilancarkan mula bulan julai nanti dan baru akan dipasarkan di amerika utara, amerika selatan, amerika latin, china, jepun dan india. belum jelas apakah produk ini juga akan ditawarkan di negara2 lain atau hanya terhad pada negara2 tersebut di atas.
