it's about anything. too many to mention...

Showing posts with label noel gallagher. Show all posts
Showing posts with label noel gallagher. Show all posts

Friday, February 13, 2015

The 2015 Bafta Awards





Thursday, July 3, 2014

Snakes in the grass







Tuesday, February 26, 2013

Spin control





Thursday, November 22, 2012

Kate the Great





Friday, August 24, 2012

Penonton tak bayar tiket, Noel Gallagher mengamuk!


Noel Gallagher menghabiskan seluruh waktunya untuk berdedikasi di muzik. Oleh kerana itu ketika ada penonton konsert yang tak menghargai muziknya, mudah bagi Noel untuk tersinggung. 

 Bekas gitaris Oasis itu mengamuk di tengah-tengah konsert saat membawakan lagu-lagu dari High Flying Birds di Belsonic festival, Ireland Utara baru baru ini. Alasannya, beliau melihat sekumpulan orang menonton dari balkoni apartment, dan bukan membeli tiket untuk menonton pertunjukan muziknya.

Friday, July 20, 2012

Noel Gallagher tak akan pencen bermuzik


Muzik telah menjadi sebahagian dari hidup Noel Gallagher. Abang Liam Gallagher itu pun berikrar tak akan melepaskan muzik. Beliau akan terus menggeluti bidang tersebut selama beliau boleh. 

 Bekas gitaris Oasis itu mengaku tak dapat membayangkan jika harus hidup tanpa muzik. Beliau pun ingin terus berkarya di bidang tersebut seperti band The Rolling Stones yang bertahan hingga 50 tahun. 

 Tentu saja Noel tidak akan meniru apa segala yang dilakukan The Rolling Stones, terutama gerakan-gerakan ala vokalisnya Mick Jagger. Noel mengaku sanggup membuat penonton bernyanyi dan menari dengan caranya sendiri.

Sunday, July 15, 2012

Noel Gallagher minta Beady Eye lebih sering nyanyikan lagunya


Band yang dianggotai bekas-bekas anggota Oasis, Beady Eye kembali menyanyikan lagu-lagu lawas mereka di pentas. Noel Gallagher yang berpisah dari Oasis gembira Beady Eye melakukan hal tersebut. 

 Oasis pecah kerana adanya perselisihan abang - adik Noel dan Liam Gallagher. Noel memutuskan untuk bersolo karier dengan band pengiring High Flying Birds sementara Liam bersama anggota Oasis lainnya mendirikan Beady Eye. 

 Kebelakangan Beady Eye kerap menyelipkan lagu-lagu Oasis dalam aksi pentas mereka. Termasuk lagu-lagu yang ikut diciptakan Noel ketika bersama mereka. Di antaranya lagu 'Rock N' Roll Star' dan 'Morning Glory'.

Sunday, June 3, 2012

Noel Gallagher : tanda tanganku tak pernah berharga


Pertama yang akan diminta peminat saat bertemu idolanya mungkin adalah tanda tangan dan foto bersama. Namun anehnya, Noel Gallagher malah merasa bahawa tanda tangannya tak pernah berharga bagi peminat. 

 Bagaimana tidak! Noel mengakui bahawa peminat tidak pernah memintanya dengan benar. Alih-alih meminta tanda tangan di poster atau album, kebanyakan dari mereka malah memintanya bertanda tangan di secarik kertas lusuh. 

 Bukan apa-apa, Noel hanya khuatir mereka akan memperlakukan tanda tangannya dengan tidak hormat. Alih-alih tersimpan dengan baik, tanda tangan itu malah akan berakhir tak berguna di dalam laci.

Monday, March 12, 2012

noel gallagher tetap cinta ballotelli walau main di united


Noel Gallagher tampak girang ketika mendapat kesempatan mewawancara bintang bola sepak idolanya, Mario Balotelli. Hebatnya, bintang bola sepak asal kelab Manchester City itu sendiri yang meminta secara khusus pada Noel untuk menyempatkan waktu bertemu dan berbincang.

Menariknya, walau sangat mencintai Manchester City, namun Noel berjanji akan tetap mencintai Ballotelli walau beliau sudah berganti kostum Manchester United yang diketahui adalah musuh tradisi City.

Walau sangat mengagumi permainan Balotelli di lapangan, namun Noel berpendapat bahawa Balotelli akan kesukaran mengejar impiannya menjadi pemain terbaik dunia.

Monday, February 20, 2012

rumah baru noel gallagher dihuni penyusup!


Penyanyi lagu The Death of You and Me ini ada pengalaman menggelikan sekaligus menakutkan ketika baru saja saja pindah rumah ke daerah desa. Baru saja masuk rumah, Noel mendapati ada orang asing yang sudah menunggu di dalam.

Dipetik dari Bang Showbiz, peristiwa pada tahun 1999 tersebut terjadi tak lama setelah George Harrison menjadi mangsa penusukan orang tak dikenal. Noel menuturkan bahawa dia sangat terkejut ketika ada seorang lelaki tak dikenali telah menunggunya di dapur. Sementara dia menyuruh isterinya memanggil polis, Noel berusaha membuat keadaan senormal mungkin.

Rupanya, orang itu memang sudah berjalan jauh demi menemui keberadaan Noel. Tahu bahawa Noel baru saja pindah ke rumah tersebut, orang itu langsung menyusup dan menunggu kehadiran Noel di dalam rumah. Sayangnya hal itu malah membuat Noel takut mengalami nasib yang sama dengan George.

Setelah berusaha melakukan percakapan dan menjamu ala kadarnya dengan penyusup itu, polis akhirnya memberi berita baik, dan sedang menuju ke kediaman Noel yang saat itu juga bersama salah satu temannya yang berkulit hitam. Sayangnya, masalah berlanjut ketika polis kesukaran menemui lokasi tempat tinggal Noel.

Akhirnya, Noel pun memutuskan untuk menunggu di depan rumah hingga polis datang. Tak lama kemudian, polis pun tampak bergerak menuju rumah Noel. Namun masalah kembali terjadi ketika yang ditangkap polis malah teman Noel yang berkulit hitam tersebut.

Sunday, January 29, 2012

noel gallagher ingin buka kedai nama


Memang tidak salah jika pemuzik yang satu ini dianugerahkan gelaran Godlike Genius oleh NME. Ini kerana, kepala Noel Gallagher memang dipenuhi idea antik yang mungkin belum pernah difikirkan orang lain. Kali ini, Noel pun lagi-lagi menunjukkan sisi kreatifnya melalui idea gila berikut ini.

Seperti dipetik dari The Sun, Noel mengaku sangat ingin berniaga nama. Penyanyi High Flying Birds ini merancang membuka sebuah bisnes online yang memungkinkannya menghasilkan wang hanya dengan memberi nama pada bayi atau haiwan peliharaan.

Berhubung bisnes yang dirancangnya ini adalah bisnes online, sistem penjualan nama pun juga lebih sederhana. Cukup dengan mengirim foto bayi atau haiwan yang ingin dinamakan, maka Noel akan bertindak cepat dan mengirimkan nama terbaik.

Tuesday, January 24, 2012

noel gallagher : pemuzik dengan otak Tuhan


Dengan segala sumbangannya di dunia muzik, Noel Gallagher nampaknya memang layak disebut pemuzik yang genius. Hasilnya, rocker ini pun dianugerahkan gelaran Godlike Genius dalam acara NME Awards tahun 2012 ini.

Ketika namanya diumumkan sebagai peraih Godlike Genius dalam acara tahunan tersebut, penyanyi yang juga penulis lagu tersebut spontan langsung kegirangan. Dia pun mengucapkan terima kasih pada NME kerana telah mempercayakan gelaran berprestij tersebut kepadanya.

Tuesday, January 10, 2012

noel gallagher : oasis dan blur band terbaik


Noel Gallagher, bekas gitaris Oasis, mengatakan bahawa Oasis dan Blur adalah band alternatif terakhir yang meramaikan tangga-tangga lagu dunia dengan hebat. Noel juga mengungkapkan bahawa beliau yakin bahawa banyak karya popstar masa kini berkategori 'mengerikan'.

Pemuzik yang saat ini sibuk dengan projek barunya, The High Flying Birds ini mengatakan pada daily mirror bahawa beliau telah melihat Top of the Pops selama Natal lalu dan beliau merasa tidak terkesan dengan lagu-lagu yang mengisi tangga lagu.

Belum puas dengan statementnya, Noel masih menambahkan ucapannya dengan tak kalah tegas. Beliau merasa sudah tidak ada lagi band alternatif yang mampu menampilkan performance terbaik saat live.

Monday, January 2, 2012

noel gallagher nyaris jadi mangsa penembakan?


Untungnya saat peristiwa itu terjadi Noel Gallagher tak berada di lokasi. Kalau saja saat itu beliau di sana, bukan tak mungkin beliau jadi mangsa Tyler Brehm yang tiba-tiba mengamuk dan menghujani orang-orang dengan peluru. Noel Gallagher sendiri saat itu menginap hotel yang bertempat tak jauh dari lokasi itu.

Wednesday, November 16, 2011

noel gallagher : telefonku tidak dihack?


Aneh tapi nyata. Tapi itulah yang terjadi pada pemuzik Noel Gallagher. Dipetik dari splashnews, pemuzik yang satu ini mengeluh kerana dirinya tidak masuk senarai selebriti yang telefonnya dihacked oleh hacker News of the World!

Namun kenyataan yang dikeluarkannya tersebut rupanya hanya sekadar gurauan untuk menjelaskan isu tersebut. Tentu saja, siapa pula yang akan rela jika telefonnya dihack oleh pihak yang hanya mementingkan kepentingan peribadi. Namun dia pun meneruskan kelakarnya.

Namun, bekas anggota Oasis ini selanjutnya juga mengungkapkan bahawa dirinya memang tidak pernah memiliki masalah dengan pihak mana pun, termasuk ketika Oasis masih berjaya.

Wednesday, October 19, 2011

noel gallagher : laman sosial merosak keajaiban muzik


Sampai saat ini peminat2 Noel Gallager memang agak sukar 'berhubungan langsung' dengan idola mereka. Bukan kerana apa, Noel memang tak pernah mahu menyentuh laman web sosial. Kenapa? Buat pemuzik asal Oasis ini, laman web sosial telah merosak keajaiban dunia muzik.

Buat Noel Gallagher, keajaiban dunia muzik adalah saat peminat2 menunggu berita selanjutnya dari idola mereka dengan hati berdebar-debar.

Friday, October 14, 2011

noel gallagher benci dikirimkan emel!



Bagi selebriti sehebat Noel Gallagher, media komunikasi seperti email tentu menjadi media yang praktik untuk menunjang komunikasi dan pengiriman data. Namun bekas gitaris Oasis tersebut ternyata malah mengaku bahawa dirinya benci dengan pesanan email.

Sebagaimana dilansir dari contactmusic, bintang rock yang satu ini mengaku bahawa dirinya memang tergolong awam dalam hal teknologi komputer. Dia pun mengaku sangat kecewa ketika melihat akaun emailnya selalu berjubel dengan pesanan-pesanan baru yang menunggu untuk dijawab.


Monday, October 10, 2011

noel gallagher ikut buat supergroup


Mei lalu Mick Jagger rasmi mengumumkan berdirinya SuperHeavy, group yang beliau dirikan bersama beberapa pemuzik terkenal lainnya. Rupanya, idea ini menggoda bekas anggota Oasis, Noel Gallgher, yang merancang mengikuti langkah Mick Jagger. Sudah ada nama yang disebut Noel namun belum jelas bila supergroup ini bakal mulai dibentuk.

Seperti biasa, Noel Gallagher memang tak pernah basa-basi. Beliau menyebut SuperHeavy sebagai supergrgup konyol dan beliau sudah ada rancangan yang jauh lebih bagus dari idea Mick Jagger itu. Johnny Marr (mantan gitaris Smiths) dan Gary 'Mani' Mounfield (bassist Stone Rose) adalah dua nama yang sepertinya bakal direkrut Noel.

Thursday, October 6, 2011

wajah noel gallagher menampang di kasut


Nampaknya akan cukup lumrah jika wajah selebriti2 ada di cover depan majalah, billboard, atau iklan televisyen. Namun tidak bagi Noel Gallagher kerana wajahnya ada di kasut!

Walau 'nampang' di kasut, nampaknya tak masalah bagi Noel. Ini kerana, kasut ini adalah koleksi terbarunya yang siap diluncurkan ke pasaran sebagai andilnya dalam dunia fashion. Yang lebih istimewa, koleksi ini diluncurkan bekerja sama dengan Adidas!

Friday, September 30, 2011

noel gallagher tak sanggup meninggalkan oasis


Meskipun semua track sudah masuk senarai lagu namun tetap saja konsert promo album baru Noel Gallagher nanti bakal jadi konsert pendek. Noel jelas tak ingin mengecewakan penonton dan kerana itu pula beliau memutuskan mengambil beberapa lagu dari Oasis yang akan beliau bawakan selama konsert nanti.

Awalnya memang akan ada sekitar empat lagu Oasis yang akan diikutkan namun nampaknya jumlah ini masih belum mencukupi.