it's about anything. too many to mention...

Tuesday, June 30, 2009

otomatis romantis

malam tadi berkorban mata dan ngantuk sebab nak habiskan nonton otomatis romantis ni.
da bape lame da terbengkalai
sebab hero aku main, tahan je lah mata
hensemnye beliau even dalam cite ni die nerd
kalo da hensem dan smart, kan?
jadi katak puru atau sumur di ladang pun, tetap...
tora sudiro, si duda gerek, ily!

otomatis romantis Pictures, Images and Photos

filem romantik tentang dua jiwa yang sedang mencari cinta sejati. dia adalah nadia (marsha timothy), jurnalis yang cantik dan berjaya yang selalu berfikir bahawa dia takkan bertemu dengan seseorang yang ideal dengan dia. seorang yang garang dan keras hati juga terkenal kerana nasihat2 cinta dan cara2 untuk mendapatkannya, dalam sebuah majalah wanita yang dihasilkannya.
tetapi cinta adalah sesuatu yang tidak dijangka. dia adalah bambang (tora sudiro), seorang pemuda kampung yang jujur, bekerja sebagai pembantu di pejabatnya, yang berjaya mencuri hatinya. ia adalah kerana kejujuran dan keikhlasannya yang berjaya menambat hati dia. dengan tiba2, prestij nadia dan kenyataannya yang bambang selalu menganggap dia sebagai seorang yang berkuasa yang perlu dihormati menjadika wanita cantik ini payah untuk mengatakan cinta.
emosi yang tidak dapat diluahkan ini telah dinyatakan oleh nabila (wulan guritno), kakak sulung nadia yang menyokong sepenuhnya perasaan adiknya. bagaimanapun, nadia ada juga kebimbangan sendiri. dia risau jika bambang mengikut jejak dave (tukul arwana), suami nabila, yang berubah 180 darjah dan menjadi seorang yang lupa diri dan miang semenjak menjadi kaya raya.
bila nadia tidak boleh menahan perasaan dan cintanya kepada bambang, sangat menyakitkan. dia mengakui akan berkahwin dengan kekasih abangnya yang mengandungkan anak abangnya setelah trisno (dwi sasono), tidak mahu bertanggungjawab dengan kekasihnya yang malang itu.

0 comments: