it's about anything. too many to mention...

Monday, July 27, 2009

kehilangan allahyarham yasmin ahmad

yasmin ahmad Pictures, Images and Photos


khamis lepas aku dikejutkan dengan berita 'mainan' bahawa yasmin ahmad telah meninggal dunia. aku sangat terkejut sebab aku tersangat minat dengan beliau yang pada aku mempunyai pemikiran yang sangat berlainan dari orang2 seumur dan sezaman beliau. aku mengagumi kerja2 otak beliau. lepas itu, aku dapat emel mengatakan beliau tak meninggal lagi. cuma tidak sedarkan diri setelah rebah dengan tiba2 dan pengsan. so, aku hanya mengandaikan tak ada apa yang buruklah berlaku.
pagi tadi, aku yang berada di putrajaya, mendengar berita bahawa beliau telah kembali ke rahmatullah. sangat mengejutkan aku! no more yasmin ahmad!!! cuma aku keliru dengan kata nama 'allahyarham'. baru aku teringat yang beliau sebenarnya lelaki. dilahirkan sebagai lelaki. dan dulu dikenali sebagai seorang penyanyi yang pernah menjuarai bintang rtm. waktu itu beliau dikenali sebagai zulkifli ahmad. ada juga dulu aku dengar hal ini dan dapat emel waktu dia sebagai zulkifli tu tapi tak ambil port sangatlah. dan beliau telah diberi bantuan cpr oleh datok ct semasa kejadian itu.
hmmm... perginya seorang pengarah yang sangat berbakat. di mana semua hasil2 kerja beliau tidak pernah menghampakan aku yang sangat suka pada kelainan. di mana, beliau tidak pernah memandang hanya pada satu sisi saja. contohnya, kalau pelacur itu jahat, maka jahatlah semuanya selamanya. pada beliau, pelacur pun dia, ada satu sisi yang baik pada mereka dan itu yang beliau paparkan. aku sangat suka pada rabun, mukhsin, sepet (everyone has their own first love story), gubra. talentime aku cuma dapat tengok trailer saja sebab belum lagi diupload full movienya di youtube. muallaf juga belum. it's all about love yang memang benar2 terjadi tapi jarang dikupas oleh orang2 lain.
yang pasti, tiada lagi iklan2 raya yang menyayat hati seperti raya yang sudah2! al fatihah...


0 comments: