it's about anything. too many to mention...

Monday, November 16, 2009

britney spears - justin timberlake disaman!

britney spears dan justin adalah dua dari pemuzik yang disaman sebuah syarikat bernama large audience display systems. dalam samannya tersebut, large audience display systems menyebut bahawa mereka ini telah menggunakan konsep yang diperkenalkan syarikat ini dan sebagai konsekuensinya para selebriti ini diancam membayar ganti rugi material.

dalam saman yang diajukan pada tarikh 11 november lepas menyebut bahawa britney telah menggunakan konsep layar monitor milik syarikat ini tanpa izin selama britney mengadakan konsert promosi album 'circus' manakala justin timberlake juga melakukan kesalahan yang sama pada konsert futuresex/loveshow.

yang menjadi masalah di sini adalah konsep memasang beberapa monitor mengelilingi pentas pertunjukna yang rasmi menjadi hak large audience display systems. konsep ini memang mengagumkan kerana seluruh pengunjung boleh melihat sekeliling pentas tanpa harus beralih tempat sehingga pengalaman menonton konsert ini lebih dirasai.

britney dan justin adalah dua nama dari enam nama yang disebutkan dalam surat saman. nama lain yang juga terdapat dalam surat ini adalah tennman productions, los angeles lakers, britney touring inc dan pussycat dolls. syarikat yang berpangkalan di texas ini menuntut agar pihak yang disenaraikan dalam surat saman ini menghentikan penggunaan konsep layar itu dan membayar ganti rugi material yang belum disebutkan jumlahnya.

britney spears Pictures, Images and Photos

0 comments: