it's about anything. too many to mention...

Monday, November 16, 2009

iwan fals kenang anaknya dalam 'pohon kehidupan'

sambil memainkan gitar kapuk, iwan fals menyanyikan lagu 'darah muda' nyanyian rhoma irama bersama ikke nurjanah yang kemudian bersambung dengan lagu 'terlena' dan 'antara aku, kau' dan 'bekas pacarmu'. suasana segar pun bangun di antara penonton yang memenuhi panggung kita pada petang sabtu lepas di leuwinanggung, cimanggis, depok.

sesegar 'pohon kehidupan' yang menjadi tema konsert bulanan iwan fals & band yang ditaja tiga rambu dan tvs untuk memperingati hari pohon yang jatuh pada sabtu ini dan hari guru pada 25 november.

sebanyak 19 lagu dibawakan pemuzik legenda ini. setelah lagu 'doa dalam sunyi' menjadi pembuka konsert pada pukul 3.15 petang lalu disusuli lagu 'bram', 'kuli jalan', 'sang petualang', 'ini bukan mimpi', 'pohon tuk kehidupan', 'kereta tua' dan 'oemar bakrie'.

untuk kali pertama iwan fals memberanikan diri berkolaborasi dengan bunga band - band yang pernah dianggotai arwah anaknya, galang rambu anarki. maka jadilah pertemuan mereka bagaikan silaturahim antara ayah dan anak yang telah lama tidak bertemu. cukup mengharukan, lagi2 ketika lagu 'kasih jangan kau pergi' berkumandang. penonton yang berdiri beransur duduk tanpa diarah, dan serentak menyanyi bersama untuk mengenang arwah galang.

di penghujung konsert, lagu 'robot bernyawa', 'samsara', 'lagu buat penyaksi' dan 'tanah siram' mengakhiri konsert pohon kehidupan yang mengajak penonton yang sebahagian besar komuniti orang indonesia untuk berkomuniti menjaga dan memulihara bumi dengan melakukan gerakan menanam pokok untuk kehidupan.

iwan fals Pictures, Images and Photos

0 comments: