it's about anything. too many to mention...

Thursday, December 3, 2009

'feel' buat wulan guritno - adilla jadi norak


biasanya pasangan yang baru menikah memilih untuk segera memiliki bayi sebagai bukti cinta mereka, tetapi wulan guritno dan adilla dimitri pula memilih untuk menulis buku bersama2 sebagai wujud keakraban dan cinta mereka berdua.

banyak cerita menarik mengiringi proses pembikinan novel 'feel : what i want in life' ini. pengalaman itu dikongsi wulan dan adilla dalam majlis review novel di dua universiti di malang semalam. tak jarang saat wulan mengalami 'writer's block' dan konsultansi idea pada adilla, jawapan yang didapatkan tidak jauh dari perkataan 'norak', kerana dianggap terlalu berlebihan. akhirnya saat adilla mengalami hal yang sama, wulan juga tak segan mengatakan, 'ah! norak loe!'.

kenorakan wulan dan adilla tidak hanya di situ. wulan berkongsi pengalaman, ketika mendapat khabar novel 'feel'nya telah dipasarkan, kebetulan saat itu wulan dan adilla sedang menghantar shaloom ke kedai buku.

wulan seperti tidak percaya sambil sike menyiku dengan adilla waktu melihat novel 'feel' telah dipamerkan di rak buku baru.

terlalu gembiranya wulan dan adilla mengambil banyak foto menumpukan novelnya dari berbagai sudut untuk dikhabarkan melalui blog peribadinya. kelakuan mereka cukup menarik perhatian pengunjung lain dan akhirnya mendapat pandangan sinis.

hal2 baru yang membuatkan wulan dan adilla norak selama proses pembikinan novel 'feel' nampaknya tidak menyurutkan keinginan untuk segera menulis novel berikutnya - tapi tidak dengan deadline.


0 comments: