it's about anything. too many to mention...

Wednesday, January 13, 2010

album duet siti nurhaliza - krisdayanti dilancarkan


diva indonesia, krisdayanti dan diva malaysia, siti nurhaliza melancarkan album duet baru dan pertama kalinya dengan judul 'ctkd' di kuala lumpur, malam semalam untuk memenuhi permintaan peminatnya.

kd dan siti menyanyi dan menari bersama saat konsert amal di kuala lumpur untuk mangsa gempa bumi di sumatera barat, sabtu, 24 oktober 2009. saat itu sebenarnya hanya konsert solo kd, dan siti nurhaliza datang bersama suaminya, datuk khalid jiwa, sebagai penonton dan penderma.

secara spontan, kd minta sahabatnya, siti, untuk naik pentas dan menyanyi. setelah kedua2 diva itu menyanyi, penonton menanyakan bila kedua2 diva bersahabat itu akan membuat album bersama.

permintaan peminatnya akhirnya terbayar dengan keluarnya album duet mereka yang pertama kali 'ctkd' berisi enam buah lagu. lima buah lagu ciptaan komposer malaysia dan satu lagu dari indonesia.

baik kd maupun siti mengatakan album bukan saja sebagai tanda persahabatan mereka, tapi juga kolaborasi muzik. banyak hal yang boleh disatukan. secara simbolik, album 'ctkd' jika dibaca loghat malaysia menjadi 'sitikedi' secara simbolik merupakan album penyatuan yang tidak melihat agama, bangsa dan negara.

album itu juga melambangkan perdamaian dan perpaduan harus dipertahankan walau ada perbezaan.

album 'ctkd' telah masuk ke pasaran malaysia pada 28 disember dan dipasarkan di indonesia pada akhir januari 2010 oleh suria records.


0 comments: