it's about anything. too many to mention...

Wednesday, January 27, 2010

dua pegawai istana nafi memfitnah fakhry - manohara


sebuah kenyataan akhbar tentang kisah rumahtangga yang menimpa keluarga tengku fakhry dengan isterinya manohara odelia pinot yang disiarkan pada 15 jun 2009 bukanlah sebuah fitnah.

pegawai kesultanan kelantan, nik mahmud nik jaafar, dan pengelola istana diraja kelantan, abdul halim, mengatakan keterangan pers yang disiarkan istan kelantan mengenai retaknya rumahtangga tengku fakhry dengan manohara bukanlah fitnah, seperti gugatan fakhry ke mahkamah, demikian media massa malaysia, hari ini.

kedua2 pegawai istana kesultanan kelantan mengatakan kepada akhbar mengenai hal tersebut berhubung dengan gugatan tengku fakhry kepada kedua2 pejabat istana kesultanan kelantan. fakhry menuduh kedua2 pejabat istana kesultanan kelantan telah menyebarkan fitnah dan telah memasukkan gugatan 10 ogos 2009.

tapi kedua2 pegawai tersebut menilai gugatan tengku fakhry telah gagal menjelaskan kandungan artikel keterangan akhbar istana mana yang dinilai telah memfitnahnya.

kedua2 pejabat istana kelantan meminta kepada komisi hakim putrajaya untuk menolak gugatan yang diajukan tengku fakhry. komisi hakim akan mengadakan perbicaraan tersebut pada 25 mac 2010.

kisah rumahtangga fakhry dengan manohara nampaknya tidak terlepas dari konflik antara tengku fakhry dengan abangnya, tengku muhammad faris petra, kerana kedua2 pejabat istana tersebut merupakan sekutu dari tengku muhammad faris petra.

tengku fakhry kini sedang bersengketa dengan abangnya di mahkamah, yang telah menjadi pemangku sultan kelantan sejak sultan masuk hospital. abangnya telah mengeluarkan tengku fakhry dalam dewan pemerintahan istana kelantan. kebijakan ini yang digugat fakhry terhadap abangnya.

sehingga ada rumor di malaysia, terbongkarnya kisah rumahtangga manohara dengan suaminya, ada kemungkinan dibantu oleh orang dalam istana kelantan.



0 comments: