it's about anything. too many to mention...

Wednesday, January 27, 2010

jolie mengatakan brad pitt seperti racun

siapa yang akan menjangka kalau brad pitt, pelakon yang sering disebut sebagai lelaki paling seksi di hollywood, ini ternyata adalah lelaki yang membosankan dan beracun? kenyataannya itulah yang diungkapkan angelina jolie setelah empat tahun mereka bersama. mereka keluar dari restoran alto di manhattan, new york, dengan wajah mencuka, seperti yang dirakamkan oleh kamera splash news.

ada yang mengatakan kalau acara makan malam di alto restaurant sekitar awal bulan januari ini adalah titik awal dari perpisahan yang kini sudah terbayang di depan mata ini. khabarnya brad dan angelina memang pernah bertengkar. brad meminta angelina untuk berkonsultasi pada pakar psikitiari manakala angelina mengatakan brad sebagai racun yang harus dihindari.

empat jam mereka habiskan di salah satu restoran paling terkemuka di manhattan ini. selama itu pula tak kurang dari lima botol wain mereka habiskan. satu jam kemudian mereka berdua meninggalkan restoran, angelina keluar dengan wajah suram sementara brad dilihat seperti mengkhuatirkan sesuatu. bukan hanya mereka berdua sahaja yang sedar kalau ada masalah terjadi kerana pengunjung lain termasuk alec baldwin juga tahu kalau ada yang tak kena dengan mereka berdua.

beberapa hari kemudian, ada saksi yang pernah melihat brad pitt dan angelina jolie memasuki pejabat seorang peguam di beverly hills. kedua2nya memang tak pernah berkahwin namun selama empat tahun lebih bersama, kedua2nya memiliki enam orang anak, hartanah di pelbagai tempat dan harta yang khabarnya mencapai 205 juta pound sterling. selama menjalinkan hubungan asmara, pasangan ini memang pernah membeli lima buah rumah di loz feliz, los angeles dan sebuah istana dengan 35 buah bilik yang khabarnya dibeli berharga 20 juta pound sterling.

bukan hanya itu, mereka berdua juga memiliki sebuah pulau di dubai yang berbentuk seperti ethiopia, sebuah cagar alam dan beberapa desa di kemboja termasuk sebuah rumah mewah berharga 1.2 juta pound sterling di new orleans. untungnya, kesepakatan dapat dicapai cepat dan kedua2nya berhak mendapat hak penjagaan atas anak2 mereka yang akan tinggal bersama angelina. mereka juga setuju untuk berkongsi harta mereka sama rata termasuk semua hartanah yang mereka miliki saat ini.

beberapa media termasuk mail online juga pernah menyebut kalau bibit pertikaian mereka sebenarnya adalah bekas isteri brad, jennifer aniston. fakta bahawa ramai orang yang lebih suka melihat brad bersama jennifer ditambah lagi kenyataan bahawa keluarga brad juga lebih suka pada jennifer membuat angelina selalu resah dan setiap berita yang berkaitan brad dan jennifer selalu menyebabkan pertengkaran di antara mereka.

walau sumber yang rapat dengan pasangan ini selalu menafikan kalau ada bibit perpisahan di antara mereka berdua namun banyak yang mengatakan kalau brad dan angelina pada dasarnya sudah berpisah. bila harus bermalam di hotel maka kedua2nya memilih tinggal di bilik berasingan dan brad khabarnya juga sudah membeli rumah di los angeles agar mereka boleh tinggal berasingan.

sepanjang hubungan mereka rumor memang datang silih berganti namun tak satu pun yang boleh menggoyahkan pasangan paling terkenal di hollywood ini namun melihat perkembangan kebelakangan ini, benarkah hubungan ini akan segera berakhir?

Brangelina Pictures, Images and Photos

0 comments: