it's about anything. too many to mention...

Tuesday, January 12, 2010

lepas alyssa soebandono, pasha ungu dengan cathy sharon?


perjalanan cinta vokalis ungu, pasha, nampaknya akan bermula kembali. setelah sebelum ini dikhabarkan mendekati alyssa soebandono, bekas suami okie agustina tersebut dikatakan sedang mendekati penyampai cantik cathy sharon.

hal itu terungkap ketika pasha menghadiri acara 'dahsyat'. saat itu olga dan luna yang menjadi penyampai acara muzik tersebut menggeledah kereta pasha. di sana olga dan luna menemui foto cathy terpampang di dalam kereta itu.

sementara itu, di tempat berbeza, cathy yang ditemui kapanlagi.com selepas memenuhi acara 'playlist' nampak terperanjat ketika wartawan menanyakan perihal foto tersebut. bekas kekasih eno netral itu seakan tidak percaya jika foto dirinya menjadi perhiasan dinding kereta pasha.

ketika wartawan hendak menanyakan lebih lanjut, cathy terus mengambil langkah seribu menuju kereta kijang innova miliknya. menurut cathy, dirinya tidak boleh melayan wartawan untuk menemubual kerana ada mesyuarat yang harus segera dihadiri.


0 comments: