it's about anything. too many to mention...

Monday, January 25, 2010

perpisahan angelia jolie - brad pitt hanya rumor

khabar perpisahan brad pitt dan tersebar sejak sebuah akhbar uk mengeluarkan berita tentang rumor perpisahan mereka. dikatakan pasangan ini menemui peguam untuk menandatangai kesepakatan pembahagian harta untuk anak2 mereka. namun ada sumber mengatakan berita itu hanya rumor belaka.

menurut laporan sebelum ini, menyebutkan pasangan ini menandatangani kesepakatan tentang pembahagian harta secara adil, begitu juga dengan penjagaan keenam2 anak mereka. seperti dikutip dari splash news dari tmz.com, pasangan ini masih tetap bersama.

pasangan ini, yang menjalani hidup bersama tanpa berkahwin, sudah berbulan2 dikhabarkan berpisah. saat pitt menghadiri acara 'hope for haiti' jumaat lepas, jolie juga tak nampak hadir bersamanya.

sampai saat ini belum ada pengesahan dari pihak pasangan emas hollywood ini. namun pada 2 januari lalu, pitt dan jolie dilihat makan malam bersama di sebuah restoran perancis, le perigord di new york. pasangan ini juga sedang menyiapkan filem baru mereka. jolie berlakon dalam 'the tourist' dan pitt berlakon dalam 'lost city of z'. pada 16 januari, pitt mengajak anak sulungnya, maddox menonton pertandingan baseball, manakala jolie berbelanja bersama kedua2 anak mereka di apple store di la. saat jolie mengadakan penggambaran untuk majalah vanity fair di la, pitt tinggal di new york untuk menyokong acara yang dikendalikan george clooney, 'hope for haiti'.

Brangelina Pictures, Images and Photos


0 comments: