it's about anything. too many to mention...

Thursday, January 14, 2010

rihanna shows the world who she really is

oh macam2 perubahan boleh terjadi dalam setahun. beberapa paparazzi mengambil gambar rihanna yang sedang bercuti di caribbean di musim cuti bersama bintang baseball la dodgers matt kemp menunjukkan perubahan penyanyi ini di masa yang sama tetapi dalam keadaan berlainan setahun lalu - beliau dalam perhubungan yang menyakitkan bersama bekas kekasih chris brown.

dalam isu baru majalah 'w', rihanna menceritakan perjalanannya di tahun lepas. tidak seperti brown, yang dikesan bermain jet ski dan berparti selepas peristiwa ganas tersebut februari lepas, penyanyi 21 tahun ini menyorokkan muka dari dunia luar. beliau tidak mengadakan sebarang temubual, beliau tidak menonjolkan diri.

hasilnya adalah album yang bertenaga, 'rated r', dilancarkan pada november, di mana pengakuan rihanna lebih benar menunjukkan siapa dirinya lebih dari usahanya sebelum ini. untuk pertama kalinya beliau menulis banyak lirik sendiri, dan mengawal sendiri bunyiannya.

sewaktu beliau merakamkan lagu beremosi, 'the last song', rihanna akui sukar untuk meluahkan suaranya ke dalam lagu yang ditulisnya ini.

dan walaupun beliau sudah boleh mengawal sendiri muziknya, terang2 rihanna masih terkesan dengan peristiwa itu. sewaktu ditanya tentang peristiwa malam itu, kesakitan penyanyi itu masih lagi terasa, tetapi kekuatan karakternya yang menyinar di mana beliau hanya memfokuskan pada hal yang positif dari yang negatif.

tatu terakhir rihanna, yang ditulis terbalik supaya beliau dapat membacanya bila dilihat dengan cermin ditulis 'never a failure, always a lesson'. ia memerlukan kekuatan yang luar biasa untuk menjadi yang lebih dewasa dan tidak tenggelam dengan kisah lalu, dan ia menunjukkan rihanna telah mengambil ikhtibar dan disimpan di dalam hati.

RIHANNA Pictures, Images and Photos

0 comments: