it's about anything. too many to mention...

Monday, February 15, 2010

dian sastro rasmi dilamar indraguna sutowo


lelaki yang mengidolakan artis cantik dian sastro bersedialah untuk patah hati. ini kerana, artis berhidung mancung itu telah rasmi dilamar oleh kekasihnya indraguna sutowo. dian juga buka suara tentang hubungannya dengan indra dengan alasan dirinya merasa yakin dan telah rasmi dilamar.

dengan mengenakan kebaya merah menyala, acara lamaran yang dijalankan di kediaman bapa saudara dian itu dihadiri oleh keluarga kedua2 belah pihak. baik dian dan indra nampak berkhidmat mengikuti proses lamaran tepak sirih ala sumatera selatan yang merupakan daerah asal ibu indraguna. dalam acara yang juga memberikan hantaran itu, keluarga besar indra menyerahkan 21 bekas yang dikatakan berisi dodol dan wajik.

sampai akhirnya, setelah proses lamaran tersebut, keluarga besar dian yang diwakilkan oleh bapa saudaranya aswin sastrowardoyo.

sesudah acara hantaran, kedua2nya juga bertukar cincin sebagai lambang ikatan pertunangan. dekorasi tempat juga dilihat cukup mewah. kedua2 keluarga yang hadir mengenakan pakaian adat serba merah.

wartawan yang meliputi yang boleh gigit jari kerana hanya diberikan tontonan tv plasma. sayang, angle pengambilan gambar tidak boleh dirakam dengan jelas kerana diambil ala kadar.


ps : sorry for the half picture as it take about 1 hour to download it. stupid streamyx this cny night!

0 comments: