it's about anything. too many to mention...

Tuesday, February 16, 2010

filem terakhir brittany murphy segera dilancarkan

duka atas kematian brittany murphy yang tiba2 masih boleh dirasakan semua peminatnya. dari situlah muncul keputusan untuk melancarkan sebuah filem yang pernah dibintanginya sebagai penghormatan atas kecerdasan serta bakatnya menjadi seorang artis.

hal tersebut diungkapkan terus oleh produser filem terakhirnya yang berjudul 'abandoned'.

rancangannya, anchor bay entertainment akan melancarkan filem itu pada pertengahan tahun 2010 ini. filem yang juga dibintangi oleh mimi rogers dan dean cain tersebut menceritakan tentang kehidupan seorang wanita yang menghantar kekasihnya ke hospital untuk menjalani pembedahan. sayangnya, saat akan menjemputnya kembali, kekasihnya malah hilang entah ke mana. hasilnya, wanita yang bernama mary itu menghadapi dilema antara mencari kekasihnya dan membuktikan kewarasannya sendiri.

filem ini merupakan filem terakhir yang dilakonkan brittany, yang berjaya diselesaikan penggambarannya sejak jun lalu. namun hingga sekarang filem tersebut masih dalam taraf produksi. presiden anchor bay, bill clark, mengatakan bahawa filem ini merupakan penghargaan untuk mendiang artis muda tersebut.

Brittany Murphy Pictures, Images and Photos

0 comments: