it's about anything. too many to mention...

Friday, February 12, 2010

lukman sardi teruja nantikan penggambaran 'edensor'


pelakon lukman sardi mengaku tidak sabar ingin segera melaksanakan penggambaran filem 'edensor', filem ketiga dari tetralogi 'laskar pelangi'.

lelaki kelahiran jakarta, 14 julai 1971 itu menjelaskan, 'edensor' menceritakan tentang tokoh ikal dan arai yang sedang menempuh pendidikan s2 di eropah.

dan lukman mengakui bahawa hal tersebut membawa semangat baru baginya, iaitu penggambaran sebuah filem tetralogi yang kelanjutan ceritanya selalu dinantikan peminat di indonesia.

beliau menjelaskan, kemungkinan besar penggambaran filem 'edensor' berlokasi di benua eropah dan afrika. 'edensor' merupakan sekuel dari filem 'sang pemimpi', sebahagian dari tetralogi 'laskar pelangi'. filem tersebut diadaptasi dari novel karya andrea hirata iaitu 'laskar pelangi', 'sang pemimpi', 'edensor' dan 'maryamah karpov'.

filem sebelum ini, 'laskar pelangi' dan 'sang pemimpi' memberitakan tentang mimpi anak2 melayu yang hidup di pendalaman bangka belitung untuk mendapat biasiswa pendidikan di luar negeri. filem ini diproduserkan oleh mira lesmana dan diarah oleh riri riza.


0 comments: