it's about anything. too many to mention...

Monday, February 22, 2010

sidang akhbar mike - tamara berjaya, wartawan kecewa


sidang akhbar kerjasama sosial antara mike lewis - tamara bleszynski dengan kapanlagi.com dan yayasan maria monique lastwish foundation yang diadakan di hotel jw marriot, petang tadi ini berjalan dengan lancar. namun acara itu meninggalkan sedikit kekecewaan di benak wartawan yang meliputi kegiatan tersebut. ini kerana, selepas sidang akhbar tak ada sesi soal jawab yang disediakan oleh mike dan tamara.

pasangan pengantin baru yang berkahwin di dalam upacara tertutup di uluwatu, bali, 2 februari 2010 lalu itu datang dengan wajah berseri2 dan penuh cinta sekitar pukul lima setengah petang tadi.

acara dibuka dengan persembahan paduan suara dari anak2 yayasan. sementara itu, di tengah2 sidang akhbar, mike dan tamara mendapat sejambak bunga dari mike arifa, salah seorang kanak2 cacat dari yayasan maria monique. dan wajah kedua2nya nampak bertambah cerah saat menerima jambangan bunga tersebut.

ketika acara disudahi dan tak disediakan sesi soal jawab setelah sidang akhbar, wartawan pun harus menelan kekecewaan. namun tak banyak kecewa yang dirasakan. ini kerana, mereka merasa puas dengan pengakuan tamara dan mike tentang perkahwinan kedua2nya.


0 comments: