it's about anything. too many to mention...

Friday, February 12, 2010

slank disusahkan untuk konsert di padang terbuka?


kumpulan muzik rock legenda slank mempersoalkan susahnya mendapat izin menyelenggarakan konsert di indonesia. persoalan itu terungkap saat pengurus slank, bunda iffet, semalam, di makassar menghadiri perayaan ulang tahun makassar slanker club.

beliau menyesali tanggapan bahawa peminat kumpulan yang dijaganya tersebut memiliki peminat yang berkelakuan tidak sopan.

walau demikian, pihaknya mengaku lega menghadapi keadaan yang menurutnya telah berlangsung sejak pemilu. padahal, tambahnya, bermuzik adalah sumber hidup utama kepada kumpulan yang telah ditubuhkan sejak 26 tahun lalu.

beliau menyarankan, peminat slank untuk menabung untuk menyaksikan konsert muzik kumpulan penyanyi 'mawar manis' tersebut kerana untuk sementara kumpulan muzik ini hanya boleh tampil di dalam kafe2 yang harga tiketnya tentu lebih mahal daripada konsert di padang.

sebelum menghiburkan ratusan peminatnya di sebuah kafe milik peminatnya, vokalis slank, kaka mengatakan, beliau dan ahli lain berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut untuk tetap boleh main di makassar.

panitia penyelenggara dari punggawa production, jhony, mengaku, pihaknya baru mendapat izin setelah tiga minggu menyiapkan prosesnya.

kelahiran slank pada perayaan ulangtahun msc ke 11 adalah usaha mereka dan penyelenggara menghiburkan peminatnya yang mungkin tidak boleh datang ke konsert kerana harga tiket masuk untuk menyaksikan konsert mereka, hari ini di kafe liquid dijual dengan harga tiket masuk rp200 ribu.

ketua msc gaffar, mengatakan, anggota peminat slank di wilayahnya mencapai sekitar 1000 orang. menurutnya yang hadir pada perjumpaan peminat ini tidak hanya dari makassar, tapi juga dari sulbar, kabupaten pangkep, maros, gowa dan sinjai.

selain tampil akustik dengan membawakan tiga lagu, ahli slank juga turut meniup lilin kek ulang tahun dan melakukan sesi foto bersama peminatnya.


0 comments: